Johor: Senibong Cove tarik pelabur luar

15 April 2010 , By Berita Harian

Projek dibina pemaju Australia di pesisir Selat Tebrau babit kos RM1.7 bilion

Projek pembangunan tebing eksklusif di pesisir Selat Tebrau, Senibong Cove, Permas Jaya, di sini membabitkan kos RM1.7 bilion yang dibangunkan pemaju hartanah dari Australia menjadi projek pertama dilaksanakan di sebelah timur Iskandar Malaysia.

 
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata projek tebing yang dibangunkan di atas kawasan seluas 84 hektar itu dibangunkan Walker Corp, sebuah syarikat hartanah terbesar dan terkenal dengan pelbagai projek menarik di bandar utama di Australia.
 
Beliau berkata, projek pembangunan moden yang menyamai Hope Island, Gold Coast, Australia itu diadakan secara perkongsian pintar dengan pemilik tanah, Iskandar Waterfront Sdn Bhd bakal dibina dalam beberapa fasa untuk tempoh 10 tahun dengan fasa pertama membabitkan pembinaan 244 rumah yang dijangka siap pada 2012.

Katanya, projek pembangunan hartanah itu mempunyai kelebihan kerana berdepan dengan perairan Sungai Senibong dan menikmati kemudahan infrastruktur baru iaitu Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) dan Jambatan Kedua Permas Jaya.

“Pelancaran Senibong Cove ini juga menjadi tanda pembukaan ‘Koridor Timur’ bandar raya Johor Bahru untuk pembangunan penting dengan kemasukan pelabur baru dan ternama dalam beberapa bulan akan datang.

“Sejajar dengan model pembangunan holistik, kami juga ingin membawa pembangunan ke sebelah timur Johor Bahru dan saya percaya projek yang dilaksanakan Walker Corp akan merangsang pembangunan di sini,” katanya ketika merasmikan pelancaran Senibong Cove, Permas Jaya, di sini semalam.
Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Walker Corp, Lang Walker dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil.

Selain itu, Abdul Ghani berkata, kerja pemuliharaan Sungai Senibong juga akan dilaksanakan dengan bantuan beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Alam Sekitar serta penggunaan teknologi mikroorganism berkesan (EM) bagi mengelak berlakunya pencemaran.

“Pemaju juga perlu memastikan hutan bakau di kawasan berkenaan berada dalam keadaan kekal dan terpelihara,” katanya.

Related Content

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

Connection with RMK-9

The Ninth Malaysia Plan (2006-2010) re...

Where to Stay & Eat?

Accommodation For the discerning inves...

 
Share |