Sesi dialog bantu tingkatkan hubungan

02 April 2010 , By Utusan Malaysia

Sesi dialog dikenal pasti sebagai salah satu wadah berkesan untuk meningkatkan hubungan dan penyebaran maklumat secara terus antara polis dan masyarakat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, melalui kaedah tersebut, masyarakat dapat menyatakan bantuan yang diperlukan daripada pihak berkuasa dan sebaliknya.

Beliau berkata, masyarakat harus bekerjasama dengan polis memerangi kegiatan jenayah kerana mereka adalah kunci kepada penyebaran maklumat khususnya jenayah yang berlaku di taman-taman perumahan.

"Melihat kepada keberkesanan sesi dialog ini, kami bercadang untuk meneruskan aktiviti seperti ini pada masa akan datang serta melibatkan pelbagai pihak dan kaum.

"Sesi dialog seperti ini akan diadakan secara berkala dan berterusan bagi meningkatkan kefahaman tugas polis kepada masyarakat," katanya semasa menghadiri sesi dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India zon Iskandar Malaysia di sini semalam.

Kira-kira 100 wakil NGO hadir pada majlis tersebut termasuk wakil persatuan kuil-kuil, persatuan belia dan parti politik.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Sebelum ini, polis telah mengadakan sesi dialog seumpama itu bersama golongan peniaga, NGO kaum Cina dan Melayu.

Mohd. Mokhtar berkata, NGO juga memainkan peranan penting dengan menjadi mata dan telinga serta menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah di kawasan mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa polis menangani masalah jenayah berdasarkan kaum sekali gus meminta pihak terbabit menghentikan segala tohmahan tersebut.

Beliau menegaskan, penjenayah melakukan jenayah terhadap mangsanya tidak mengikut kaum dan agama tetapi mengambil kesempatan apabila ada peluang terbuka.

Related Content

Where to Shop?

Shopping As the Southern Gateway to Ma...

Why Malaysia? : Key Economic Indicators

Malaysia continues to enjoy healthy su...

Where to Play?

Iskandar Malaysia is affordable, acce...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Blueprint for Iskandar Malaysia

Here is where you can find and downloa...

What is Iskandar Malaysia

Introduction   The Iskandar Malay...

Bus Iskandar Malaysia Service

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa'...

 
Share |