Politeknik JB dipilih Politeknik Premier

31 March 2010 , By Utusan

Politeknik Johor Bahru dipilih sebagai Politeknik Premier pada majlis pelancaran Transformasi Politeknik baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, S. Shantini Devi berkata, objektif penubuhan Politeknik Premier adalah untuk melahirkan siswazah berdaya saing yang mampu memenuhi pasaran modal insan negara.

Selain itu, ia untuk memartabatkan politeknik sebagai peneraju serantau, institusi rujukan kecemerlangan teknologi antarabangsa serta merangsang idea dan inovasi baru bagi pembangunan industri setempat.

"Konsep pembangunan modal Politeknik Premier berasaskan kepada pembangunan politeknik secara holistik dan seimbang yang bertunjangkan lima dimensi.

"Ia adalah pelajar berpersonaliti unggul, staf berkebolehan dan kompeten, program berimpak tinggi, institusi lestari dan perhubungan industri-politeknik kukuh dan mapan," katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kelima-lima dimensi tersebut merupakan asas kepada pembentukan institusi yang mampu menjana generasi pekerja dinamik lagi progresif.

Selain itu, politeknik berkenaan juga akan menawarkan Diploma Lanjutan yang bakal dijalankan pada Julai 2013.

Katanya, Diploma Lanjutan itu khusus untuk Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

"Turut diadakan program berkembar menerusi memorandum persefahaman (MoU) dan program 'Finishing School' yang diadakan setiap tahun seperti latihan kemahiran kimpalan, pendawaian dan penyuntingan video," katanya.

Malah, Politeknik Premier Johor Bahru juga bercadang untuk mengambil lima peratus penuntut antarabangsa pada 2012.

Shantini Devi berkata, seiring dengan transformasi politeknik, sokongan industri akan dipertingkatkan lagi merangkumi aspek kolaborasi secara meluas.

Related Content

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Why Malaysia? : Facts & Figures

The Federation of Malaysia comprises P...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Graduate Employability Management Scheme (GEMS)

The Graduate Employability Management ...

Why Malaysia? : Key Economic Indicators

Malaysia continues to enjoy healthy su...

 
Share |