Kampus Raffles Education di Johor

05 March 2010 , By Berita Harian

Kumpulan pendidikan swasta labor RM200j

RAFFLES Education Corporation Ltd, kumpulan pendidikan swasta terbesar Asia Pasifik akan melabur kira-kira RM200 juta bagi membina kampus pengajian dan universiti di Iskandar Malaysia, Johor.

Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya, Chew Hua Seng, berkata projek pembangunan itu akan dikenali Raffles University Iskandar yang akan dibangunkan secara berperingkat, termasuk melancarkan Universiti Raffless dalam fasa pertamanya.

Katanya, Raffles Education bekerjasama dengan Education@Iskandar Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Iskandar Investment Bhd bagi menjalankan kajian daya maju membangunkan pusat pengajian tinggi berkenaan.

“Kami akan menubuhkan syarikat usaha sama di Malaysia bagi membangunkan dan mengendalikan Raffles Universiti Iskandar baik kajian daya maju dilaksanakan, memperoleh lessen vokasional dan teknikal serta kelulusan daripada pihak berkuasa yang dijangka selesai awal tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Oriental University City (OUC) di Langfang, Wilayah Hebei, China kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif/Ketua Perwakilan Khazanah Nasional Bhd di Beijing, Ben Chan dan Ketua Eksekutif OUC, Liu Yan Wen.

Khazanah, sayap pelaburan kerajaan Malaysia memegang sebanyak 60 peratus kepentingan saham dalam Iskandar Malaysia.

Chew berkata, universiti itu akan dibangunkan di kawasan seluas 26 hektar dan menawarkan pelbagai program pendidikan termasuk perniagaan, teknologi, seni dan rekaan, sains kesihatan, pendidikan serta sains sosial, dengan sasaran menarik 5,000 pelajar dalam tempoh lima tahun.

Katanya, pihaknya ketika ini masih dalam proses mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi berhubung projek Raffles University Iskandar dan selepas mendapat kelulusan, kemudahan pengajian akan mula ditawarkan secara berperingkat menerusi Iskandar Malaysia.

Sementara itu, Chew berkata, Raffles Education mensasarkan menarik pelajar dari Singapura dan Indonesia di Raffles University Iskandar bagi mengukuhkan lagi perniagaan pendidikannya di rantau ini.

Katanya, ketika ini Raffles Education memiliki rangkaian 33 pusat pengajian di 11 negara termasuk di Australia, Singapura, China, Kemboja, Malaysia, India dan Thailand dengan lebih 31,000 pelajar.

Artikel Berkaitan

Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS)

Dalam usaha untuk menyokong pembangun...

Maklumat untuk Rakyat Asing

Pekerjaan Perunda...

Kit Informasi Iskandar Malaysia

Muat turun Kit Informasi Iskandar Mala...

FAQs

1. Apakah Iskandar Malaysia (...

Pautan Berguna

Organisasi Kerajaan    ...

 
Share |