34 bas untuk 16 laluan di Iskandar Malaysia

04 March 2010 , By Utusan

Perkhidmatan Bas Perintis Iskandar Malaysia menyediakan 34 bas di 16 laluan menerusi projek penstrukturan semula industri bas di wilayah pembangunan ekonomi itu bermula 19 Disember lalu.

Menurut Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), bas tersebut yang dikendalikan operator terpilih dan pemandu terlatih dilengkapi sistem kedudukan global (GPS) dan sistem kamera litar tertutup (CCTV).

"Tumpuan diberikan ke atas kecemerlangan operator-operator bas yang akan dipantau secara berterusan berdasarkan Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

"Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia ini bakal memberi perkhidmatan yang cekap, selesa dan selamat," menurut IRDA dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambang separuh harga diberikan kepada murid sekolah berpakaian seragam penuh, orang kurang upaya (OKU), warga emas berusia melebihi 60 tahun dan kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun.

Tambang tidak dikenakan kepada kanak-kanak berusia kurang daripada tujuh tahun.

Maklumat lanjut mengenai laluan, kekerapan dan tambang boleh diperoleh dengan menghubungi talian 1-800-88-3010 atau melayari laman web www.iskandarmalaysia.com.my.

Related Content

Internal Capabilities And Capacity of IRDA

IRDA’s new office in Danga Bay provi...

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

What is Iskandar Malaysia

Introduction   The Iskandar Malay...

Why Malaysia? : Key Economic Indicators

Malaysia continues to enjoy healthy su...

Iskandar Malaysia Information Kit

Download Iskandar Malaysia Information...

Iskandar Malaysia Blueprints

There are 32 blueprints to provide a m...

Safe Home Campaign

As part of Iskandar Malaysia’s commi...

 
Share |