Bangunan Sultan Iskandar dikawal?

01 March 2010 , By Utusan

Bagi meningkatkan lagi kawalan keselamatan JB Sentral yang terletak di Bangunan Sultan Iskandar di sini, seramai 181 anggota polis bantuan akan ditempatkan di kawasan itu mulai esok.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, langkah itu diambil kerana JB Sentral menjadi laluan orang ramai keluar masuk antara Singapura dan Johor Bahru dan memerlukan kawalan keselamatan sepenuh masa.

"Kawalan keselamatan perlu ditingkatkan kerana sebahagian daripada JB Sentral ini telah digazetkan sebagai kawasan larangan kategori tahap satu.

"Selain itu, JB Sentral turut menyediakan perkhidmatan bas, teksi, kereta api dan 30 buah gerai yang memerlukan pengawasan sepanjang masa," katanya pada Majlis Perbarisan Khas Polis Bantuan IBEX Security di Bangunan Sultan Iskandar di sini kelmarin.

Perbarisan itu disertai 181 anggota yang tamat latihan kursus asas polis bantuan selama sembilan minggu bermula 20 Disember hingga 20 Februari lalu di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam di Bahau, Negeri Sembilan.

Jalaluddin berkata, polis bantuan akan membantu pihaknya menjalankan tugasan yang bersifat tidak kritikal.

"Ini supaya anggota polis biasa kita dapat memberi keutamaan kepada kes-kes kritikal," katanya.

Sementara itu, peserta terbaik keseluruhan latihan asas polis bantuan, Suhri Subuh, 25, berkata, keluarga menjadi pendorong utama kejayaannya.

"Sebelum ini, saya pernah memohon untuk menjadi anggota polis namun kecewa kerana tidak berjaya.

"Bagaimanapun, keluarga terus memberi dorongan dan kejayaan ini sedikit sebanyak dapat mengubati kekecewaan itu," katanya yang berasal dari Kangkar Tebrau di sini.

Suhri yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik mengakui begitu bersemangat untuk memulakan tugas pada 1 Mac ini.

Related Content

Safe Home Campaign

As part of Iskandar Malaysia’s commi...

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Malaysia Sustainability Summit

  Iskandar Malaysia Sustainabilit...

Blueprint for Iskandar Malaysia

Here is where you can find and downloa...

What is Iskandar Malaysia

Introduction   The Iskandar Malay...

Iskandar Malaysia's Strategic Roadmap

IRDA’s strategic direction is refere...

 
Share |