Irda serah komputer dilengkapi GIS bantu cegah jenayah

22 February 2010 , By Berita Harian

JOHOR BAHRU: Menyedari bahawa tanggungjawab untuk membasmi dan memerangi jenayah tidak seharusnya diletakkan pada bahu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semata-mata, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) tampil menyerahkan dua set komputer lengkap dengan Sistem Pemetaan dan Maklumat Geografi (GIS) terkini.

Ketua Pegawai Eksekutif Irda, Ismail Ibrahim menyerahkan sendiri komputer berkenaan kepada Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dalam satu majlis di Bilik Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri.
Ismail berkata, GIS adalah sistem termaju yang digunakan pasukan polis di negara maju termasuk Polis Antarabangsa (Interpol) dalam mengenal pasti kawasan yang menjadi tumpuan penjenayah lebih tepat serta dapat mengakses maklumat dengan cepat.

“Pembangunan sistem perisian GIS ini, dilakukan Bahagian Perancangan Bersepadu Irda, yang akan melatih pegawai dan anggota polis Johor dalam tempoh antara dua minggu dan sebulan bagi memahirkan mereka menggunakannya,” katanya di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya, komited membantu polis memerangi jenayah dalam Iskandar Malaysia dan Johor, secara keseluruhannya kerana ia penting dalam memastikan hasrat kerajaan menjayakan pembangunan wilayah ekonomi berkenaan.

Katanya, melalui GIS itu, Irda berharap pegawai dan anggota polis Johor akan dapat memanfaatkan sepenuhnya, teknologi maklumat komunikasi (ICT) sebagai kaedah terbaik memerangi jenayah termasuk mengesan dan menahan penjenayah.

“Isu keselamatan sering dibangkitkan pelabur asing yang hendak melabur dalam Iskandar Malaysia, dan kerajaan melalui Irda amat komited bagi mengubah persepsi ini, malah, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sejumlah RM200 juta diperuntukan untuk keselamatan dalam Iskandar Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Mohd Mokhtar mahu anggota dari pegawai polis Johor memahirkan diri dengan teknologi GIS kerana ia jelas terbukti berkesan dalam membanteras jenayah di negeri ini.
Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Irda kerana bukan hanya menyumbangkan computer lengkap dengan teknologi GIS malah, turut melatih pegawai serta anggotanya menggunakan perisian berkenaan.

“Saya amat berharap melalui teknologi GIS ini, usaha memerangi dan membanteras jenayah di negeri ini, dapat dilakukan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat,” katanya.


Related Content

Social Programmes

RM 200 million has been secured for Pu...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Iskandar Malaysia Blueprints

There are 32 blueprints to provide a m...

Iskandar Malaysia Sustainable Metropolis Conference 2011

Download Iskandar Malaysia Sustainable...

Connection with RMK-9

The Ninth Malaysia Plan (2006-2010) re...

Ninth Malaysia Plan (9MP) Projects

IRDA accelerates the implementation of...

Iskandar Service Centre

Iskandar Service Centre provides one-s...

 
Share |