Iskandar Malaysia, Genting labor RM200j

22 February 2010 , By Kosmo

BENTONG –Labur RM200 juat dalam resort dan hotel di Iskandar Malaysia, Johor.

Itulah yang bakal dilakukan oleh GentingMalaysia Berhad dalam tempoh dua tahun lagi bagi merancakkan lagi pembangunankoridor wilayah selatan tersebut.

Menurut Pengerusi Kumpulan Genting Tan SriLim Kok Thay, perkara itu telah dibincangkan dengan kerajaan negeri Johor sertaKhazanah Nasional Berhad dan mendapat kerjasama baik daripada kedua-dua pihak.

Katanya, dalam hal ini, pihaknya inginmenyahut seruan kerajaan untuk membuat pelaburan di kawasan tersebut.

“Kita mempunyai sejumlah tanah perladanganberdekatan Kulai di Johor dan secara kebetulan ia termasuk dalam kawasanIskandar Malaysia.”

“Jadi, kita ingin mengambil kesempatandengan membuat pelaburan dan bercadang untuk menggunakan tanah tersebut bagimembangunkan resort dan hotel,” katanya selepas majlis sembutan Tahun Baru Cinadi Genting Highlands semalam.

Menurutnya lagi, pelabur tempatan juga perlumemainkan peranan dalam membangunkan sesuatu kawasan agar dapat menarik minatpelabur luar.

“Kita harap usaha ini dapat dijadikan contohdan memberi keyakinan kepada pihak luar untuk melabur,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai pembukaan ResortWorld di Sentosa, Singapura, Kok Thoy yakin dengan pasaran yang cukup untukpusat pelancongan itu.

Apa yang pasti jelasnya, pembukaan Resort World itu tidakmenjejaskan reputasi Genting Highlands sebagai salah satu destinasi pelanconganpenting di Malaysia.

“Genting Highlands masih mempunyai banyak daya penariktermasuk pelancongan dari Singapura.”

“Kelebihan Genting Highlands ialah kedudukan strategik danfaktor cuaca yang nyaman memberikan keselesaan kepada pengunjung untukmelakukan aktiviti luar,” katanya.

Katanya, Genting Highlands telah mencatatkan hampir 20 jutapengunjung sepanjang tahun lalu dan berharap ia akan terus meningkat.

Related Content

Why Iskandar Malaysia?

Strategic LocationGlobal In the global...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

What is Iskandar Malaysia : How We Can Help

How We Can Help   Investing in Ma...

Information for Foreigners

Employment The main legislation regul...

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

Bus Iskandar Malaysia Service

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa'...

Comparison of Crime Index in Iskandar Malaysia

Year 2009 : Jan-Feb | Feb-Mar | Mar-Ap...

 
Share |