Pilih pemaju berwibawa

19 February 2010 , By Harian Metro

Pembangunan setinggan Kampung Skudai Kiri perlu dilakukan teliti elak kesan negatit terhadap Iskandar Malaysia

PULAI: Hanya pemaju berwibawa dan mempunyai pengalaman luas dalam memajukan sesuatu kawasan terutama setinggan wajar diberikan tanggungjawab untuk membangunkan untuk Kampung Skudai Kiri dan kawasan sekitarnya bagi mengelak sebarang kesan negatif terhadap projek Iskandar Malaysia.

Ini berikutan kawasan itu adalah penempatan setinggan terbesar di pusat bandaraya Johor Bahru atau lebih khusus Norde 2 Iskandar Malaysia.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pembangunan kawasan Kampung Skudai Kiri dan kawasan setinggan sekitarnya termasuk Kampung Usaha Jaya penting dilakukan dengan teliti dan kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri(Upen) dan Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (Irda) perlu melantik pemaju berwibawa dan berpengalaman luas dalam membangunkan satu-satu kawasan terutama setinggan.
“Sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Umno bahagian Pulai, saya memerhati dan memantau dengan teliti sebarang pembangunan di kawasan pembangunan di kawasan Skudai Kiri dan kawasan setinggan sekitarnya dengan menjadikan sebagai kes ujian terhadap pembangunan setinggan dalam Parlimen Pulai.

“Sekiranya berlaku sebarang masalah seperti meminggirkan masyarakat setempat terutama penduduk setinggan, saya tidak teragak-agak membuat bantahan bagi memastikan masih mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan Iskandar Malaysia,” katanya.

Menurutnya, dalam taklimat antara Upen dan Irda dengan penduduk Kampung Skudai Kiri serta Kampung Usaha Jaya sebulan lalu, majoriti penduduk dua kampung berkenaan bersetuju dengan cadangan pembangunan serta pampasan yang akan diberikan kepada mereka.

“Harga tanah untuk pemilik yang mempunyai hak milik ditentukan mengikut nilai pasaran atas kegunaan perumahan. Upen memaklumkan mereka akan mendapat rumah yang dianggarkan bernilai RM280,000 atau nilai purata kira-kira RM300 semeter persegi.

“Sementara itu, bagi penduduk setinggan pula, mereka dapat menyewa kediaman di Perumahan Rakyat Sungai Melana yang masih dalam pembinaan, selain diberikan wang perpindahan berjumlah RM2,000 untuk satu keluarga.
“UPEN dan Irda akan menggunakan data bancian yang dilakukan pada Mei 2009 untuk penduduk dua kampung itu dengan jumlah penduduk Kampung Skudai Kiri ialah 853 keluarga, manakala 444 keluarga di Kampung Usaha Jaya,” katanya.


Related Content

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Ninth Malaysia Plan (9MP) Projects

IRDA accelerates the implementation of...

Where to Shop?

Shopping As the Southern Gateway to Ma...

Iskandar Service Centre

Iskandar Service Centre provides one-s...

 
Share |