Suanne Ong juara Scrabble remaja dunia

11 December 2009 , By Utusan Malaysia

Peserta Malaysia, Suanne Ong muncul juara Kejohanan Scrabble Remaja Dunia ke-4 yang berakhir hari ini.

Suanne, 17, yang berasal dari Pulau Pinang dan menuntut di Singapura memenangi hadiah wang tunai RM5,000.

Sementara tempat kedua dan ketiga dimenangi peserta Australia, Alastair Richards yang membawa pulang wang tunai RM2,500 dan Michael Mc Kenna, RM1,500.

Menurut Suanne, dia mengenali permainan Scrabble sejak berusia enam tahun dan mula menyertai kejohanan peringkat dunia itu sejak tiga tahun lalu.

''Setiap kali ada pertandingan, saya akan sertai. Kemenangan ini adalah atas sokongan keluarga dan rakan-rakan yang tahu minat saya terhadap permainan ini,'' katanya di sini hari ini.

Hadiah disampaikan oleh puteri Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Tunku Iskandar, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.

Pertandingan yang bermula pada 25 November lalu itu turut mendapat kerjasama kerajaan negeri melalui Majlis Tindakan Pelancongan negeri, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Iskandar Malaysia dan Mattel Inc.

Anak bongsu daripada empat beradik yang baru selesai menduduki peperiksaan O'Level itu turut mewakili negara dalam pertandingan Scrabble peringkat antarabangsa.

Malah, Suanne pernah muncul juara pertandingan King Cup Scrabble di Thailand tahun lalu.

Sementara itu, penganjur kejohanan, Karen Richard berkata, kejohanan yang disertai oleh 80 peserta dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Nigeria, Thailand dan Singapura itu berjaya menjalin hubungan erat antara peserta.

''Saya gembira menganjurkan kejohanan ini kerana biarpun pertandingan berakhir, para peserta masih berhubungan antara satu sama lain,'' katanya.

Related Content

Why Malaysia? : Advantages of Malaysia

Renowned as a stable, well-established...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Information for Foreigners

Employment The main legislation regul...

Where to Shop?

Shopping As the Southern Gateway to Ma...

Connection with RMK-9

The Ninth Malaysia Plan (2006-2010) re...

Ninth Malaysia Plan (9MP) Projects

IRDA accelerates the implementation of...

Bus Iskandar Malaysia Service

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa'...

 
Share |