SP Setia sasar bank tanah lebih luas

10 December 2009 , By Utusan Malaysia

Kumpulan SP Setia Sdn. Bhd. (SP Setia) berhasrat meningkatkan kawasan tanah yang dimiliki di bandar raya ini kepada 1,200 hektar bagi mengembangkan operasi perniagaannya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Liew Kee Sin berkata, kawasan tanah yang dimiliki kumpulan itu pada masa ini adalah seluas 600 hektar.

"Hasrat menggandakan pemilikan tanah itu berdasarkan perolehan kumpulan yang menggalakkan.

"Bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober lalu, perolehan SP Setia di negeri ini adalah sebanyak RM500 juta," katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian pembukaan premis empat dalam satu - Starbucks, Maybank, KFC dan Pizza Hut di Setia Tropika di sini hari ini.

Kee Sin berkata, pasaran hartanah di negeri ini mendapat permintaan tinggi daripada penduduk tempatan dan luar negara terutamanya Singapura.

Menurutnya, SP Setia juga berhasrat membina sebuah hotel bertaraf tiga hingga empat bintang dan apartmen di Setia Tropika.

"Bagaimanapun, kita tidak berhasrat membina pusat beli-belah di bandar raya ini kerana bilangannya sudah terlalu banyak," katanya.

Sementara itu, Kee Sin berkata, SP Setia mencatatkan perolehan kumpulan sebanyak RM1.6 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Oktober lalu menerusi pelaburan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

"Ia adalah peningkatan berbanding perolehan sebanyak RM1.4 bilion dalam tempoh sama pada tahun lalu," katanya.

"Kegawatan ekonomi tidak banyak memberi kesan kepada kami hasil penawaran produk secara inovatif dan kerjasama erat dengan pihak bank," katanya.

Related Content

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Comparison of Crime Index in Iskandar Malaysia

Year 2009 : Jan-Feb | Feb-Mar | Mar-Ap...

Blueprint for Iskandar Malaysia

Here is where you can find and downloa...

Ninth Malaysia Plan (9MP) Projects

IRDA accelerates the implementation of...

Internal Capabilities And Capacity of IRDA

IRDA’s new office in Danga Bay provi...

MM2H programme

Malaysia My Second Home Programme (MM2...

Connection with RMK-9

The Ninth Malaysia Plan (2006-2010) re...

Iskandar Malaysia Sustainable Metropolis Conference 2011

Download Iskandar Malaysia Sustainable...

 
Share |