MBJB guna GIS kawal demam denggi

23 October 2009 , By Utusan Malaysia

Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan satu lagi kaedah terkini yang digunakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk mengawal penularan wabak demam denggi di sekitar bandar raya ini.

Pengarah Kesihatan MBJB, Dr. Rahim Tumin berkata, sistem tersebut digunakan untuk mengenal pasti kawasan berisiko bagi membolehkan tindakan pengawalan dan pencegahan dilakukan dengan segera.

Beliau berkata, selepas kawasan tersebut dikenal pasti, pihaknya akan datang membuat semburan kabus dalam tempoh tujuh hari.

"Sistem GIS adalah perisian yang membolehkan kami mengenal pasti dan menanda kawasan-kawasan berisiko untuk diberikan perhatian.

"Selepas tindakan pencegahan dilakukan, kami akan melakukan pemantauan secara berterusan dari semasa ke semasa," katanya selepas Kursus Semburan Kabus (Fogging) Berkesan untuk Kawalan Vektor peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) 2009 di sini hari ini.

Kursus selama tiga hari anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu disertai oleh seramai 58 peserta dari 56 PBT di negeri ini.

Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah semburan kabus yang berkesan bagi mengawal penularan wabak demam denggi di seluruh negara.

Rahim berkata, kursus itu juga untuk meningkatkan kemahiran para anggota PBT di Bahagian Kesihatan dengan teknik semburan yang lebih sempurna dan berkesan.

Selain itu, ia turut memberikan pendedahan mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada petugas semasa menjalankan operasi semburan.

"Pada tahun ini sahaja kerajaan memberi peruntukan RM120,000 untuk pembelian bahan kimia dan peralatan kepada MBJB bagi membantu mengawal penularan wabak ini," katanya.

Related Content

Development Blueprints

Infusing best practices of internation...

Strategic Advantages

Located at the crossroads of the East-...

Iskandar Regional Development Authority

The Iskandar Regional Development Auth...

Malaysia Automated Clearance System

In line with supporting the economic d...

Where to Play?

Iskandar Malaysia is affordable, acce...

What is Iskandar Malaysia : How We Can Help

How We Can Help   Investing in Ma...

Information for Foreigners

Employment The main legislation regul...

 
Share |