Kira-kira 150 peminat sukan golf diperlukan sebagai sukarelawan pertandingan golf Terbuka Iskandar Johor (IJO 2009) yang akan berlangsung di negeri ini pada 22 hingga 25 Oktober depan.
Tugas sukarelawan itu meliputi sebagai marshal, penjaring berjalan (walking scorers), penjaring peneraju papan (leader board scorers) dan lain-lain pada kejohanan yang berlangsung di Royal Johor Country Club (RJCC).
Sementara itu, Ketua Marshal, Benny Yaw yang mengendalikan tugas sukarelawan sejak IJO 2007 berkata, ganjaran yang menanti sukarelawan amat berbaloi.
"Marshal diberi peluang untuk mendekati pemain dan dibenarkan mengambil gambar dari sudut yang menarik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Yaw berkata, semua sukarelawan akan mendapat latihan penuh selain makan minum sebanyak empat kali di ibu pejabat sukarelawan dan pusingan percuma<http://203.142.6.171/utusan/c.php?c=38&t=http://www.celcom.com.my/biz/mobile-email-bbgiveaway.html> selepas kejohanan berakhir.
Katanya, mereka juga akan menerima kelengkapan golf percuma berjenama TaylorMade Adidas yang merupakan penaja korporat IJO 2009.
"Kami menggalakkan orang ramai sama ada peminat golf atau penuntut universiti dan sesiapa sahaja yang berminat bekerja 'di belakang tabir' mendaftar sebagai sukarelawan.
"Pengetahuan dalam sukan golf tidak diperlukan tetapi mereka perlu memiliki semangat dan keghairahan yang tinggi. Kami hanya memerlukan komitmen selama dua hari daripada mereka," katanya.