Lokasi-lokasi Menarik

Oleh kerana Iskandar Malaysia terletak di Johor, sememangnya ia sesuai untuk pelawat-pelawat menerokai negeri Johor yang terbahagi kepada lapan daerah : Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat. Daerah terbesar ialah Johor Bahru yang merupakan ibu negeri dan lokasi Iskandar Malaysia.

 
Taman Tema
Iskandar Malaysia mempunyai beberapa taman tema yang masih dalam proses pembinaan yang menjanjikan acara-acara menarik dan keseronokan yang berpanjangan. Penubuhan taman tema LEGOLAND Malaysia di Iskandar Malaysia pada tahun 2013 akan membantu mentransformasikan Johor ibu negeri rantau ini kepada sebuah pusat tumpuan pelancong antarabangsa. LEGOLAND Malaysia adalah yang pertama daripada tiga taman tema antarabangsa yang dirancang untuk negeri, satu projek yang dijalankan oleh IIB dalam pelan induk pelancongannya untuk negeri ini, dibawah naungan projek-projek kunci pemangkin yang akan diterajui oleh IIB dalam perancangan pelancongan utamanya untuk Iskandar Malaysia. Satu lagi taman tema yang bakal dibina adalah di Teluk Danga ialah sebuah taman tema kering-dan-basah. Ia akan merangkumi tiga buah hotel (termasuk sebuah hotel bertaraf enam bintang) sebuah tambatan, sebuah pusat konvensyen dan pameran antarabangsa serta menara-menara pejabat.
 
Taman Nasional
Johor adalah kediaman kepada hutan hujan antara yang tertua di dunia, mempunyai 5 buah taman negara, masing-masing dengan pelbagai ciri-cirinya yang tersendiri. Terdapat taman botani dan habitat hidupan liar Endau Rompin, pulau paya bakau Kukup, "ibu segala jalan buntu" tanah lembab Tanjung Piai, yang juga merupakan penghujung selatan benua Asia, Misteri dan lagenda Gunung Ledang serta pulau-pulau persisir Mersing yang teramat indah..
  Pulau-pulau & Pantai-pantai
Pulau-pulau di pesisir Johor terkemuka di dunia kerana keindahannya, perairannya yang jernih dan pasir pantai yang memutih. Ianya menggamit pengembara untuk menikmati ketenangan , rileks dan rehat yang mengasyikkan, aktiviti-aktiviti santai dan rekreasi termasuk berenang dengan snorkel, menyelam, sukan luncur angin atau memancing.
     
Sejarah & Kebudayaan
Sebagai pintu masuk selatan ke Malaysia, Johor mempunyai banyak peristiwa bersejarah dan kepelbagaian budaya bertahun-tahun. Dari muzium-muzium ke monumen-monumen atau kubu-kubu, Johor mempunyai pelbagai tempat yang menyediakan banyak maklumat menarik untuk para penjelajah.
Bermain Golf
Johor mempunyai lebih daripada 30 buah padang golf di seluruh negeri, menjadikannya syurga bagi pemain-pemain golf. Kediaman kepada padang golf yang telah memenangi banyak anugerah, Iskandar Malaysia juga telah menjadi tuan rumah Iskandar Terbuka 2008 di mana pemain golf profesional terkemuka dunia telah berkumpul bersama untuk menunjukkan kemahiran mereka.
 

Artikel Berkaitan

Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa' ...

Perbandingan Kadar Jenayah

Tahun 2009 : Jan-Feb | Feb-Mar | Mar-A...

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM)

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM) u...

Risalah Wawasan Iskandar

Anda boleh mencari dan memuat turun ri...

 
Share |