Keselesaan Hidup

Matlamat utama Iskandar Malaysia berhubung dengan masyarakat, ialah untuk mewujudkan komuniti pemastautin yang aktif, komprehensif, terurus, mesra alam, serta direka dan dibina dengan baik dan saling berhubungan

Untuk mencapai matlamat ini, satu pengagihan infrastruktur sosial dan kebudayaan yang lebih adil, penyediaan pilihan tempat tinggal yang mencukupi mengikut jenis dan kos adalah dititikberatkan di Iskandar Malaysia.

Kesimpulannya, kebajikan masyarakat adalah kepentingan utama di Iskandar Malaysia. Iskandar Malaysia ingin menyediakan persekitaran terbaik untuk memperluas dan memajukan komuniti.

 

Suatu sistem perhubungan jalan, medan jalan, taman-taman dan kawasan-kawasan ruang terbuka menjadikan sebarang komuniti sebuah tempat yang lebih baik untuk didiami. Ciri-ciri persekitaran ini menggalakkan nilai lebih tinggi untuk sesebuah rantau. Suatu sistem ruang terbuka yang dirancang dengan teliti juga membantu menarik perniagaan baru dan mengurangkan pencemaran.

Pembangunan Iskandar Malaysia menawarkan satu peluang penuh makna untuk Kerajaan Malaysia, bekerja bersama-sama dengan sektor swasta, untuk mengusahakan pembaharuan dan inovasi dalam sistem-sistem penghantaran, kerajaan tempatan, perancangan fizikal, pembangunan infrastruktur dan perlindungan alam sekitar

Di Bawah program Kerajaan Malaysia 'Malaysia Rumah Kedua Ku', rakyat asing digalakkan berhijrah ke Malaysia. Para peserta program diperuntukkan dengan pelbagai insentif untuk menjadikan kediaman mereka di Malaysia lebih selesa dan menyeronokkan. Program Malaysia Rumah Kedua Ku, yang direkabentuk untuk membantu rakyat asing berpindah ke negara ini, telah meluluskan kira-kira 12,000 permohonan sejak program itu bermula pada tahun 2002, Pemohon-pemohon yang diluluskan menerima visa 10 tahun yang boleh diperbaharui, hak untuk sebuah kereta bebas cukai, pelepasan cukai ke atas pendapatan luar pesisir mereka, dan kelebihan-kelebihan yang lain.

Artikel Berkaitan

Privasi & Notis

Perundangan Maklumat yang...

Apakah Iskandar Malaysia?

Pengenalan   Iskandar ...

Terima-kasih

Terima kasih di atas minat anda kepada...

Kit Informasi Iskandar Malaysia

Insentif Zon Ekonomi Utama Iskandar Ma...

Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa' Perkh...

Plan pembangunan komprehensif

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM) u...

Zon Ekonomi Utama E : Senai - Skudai

Lokasi   Aktiviti-aktiviti ekono...

Program MM2H

Program Malaysia Rumah Kedua Ku dipro...

 
Share |