Melihat Ke Arah Malaysia

Manfaat kepada Kerjaya Anda

Dengan kewujudan rangka kerja oleh JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) seperti Ukuran Kemahiran Pekerjaan Negara (UKPN) dan dana seperti Dana Pembangunan Sumber Manusia (DPSM) yang ditadbir oleh Majlis Pembangunan Sumber Manusia (MPSM), pekerja-pekerja dan majikan-majikan tempatan akan mendapat peluang-peluang untuk meningkatkan dan membangunkan kemahiran pekerja-pekerja mereka dengan kemunculan Iskandar Malaysia. Mereka boleh membangunkan set kemahiran spesifik(missing space)(untuk manfaat para pekerja) dan pada masa yang sama menurunkan kos(missing space)(faedah untuk majikan) untuk berkembang dengan peningkatan ekonomi.

Kepentingan Antarabangsa

Salah satu faktor positif untuk pekerja asing yang ingin mempertingkatkan kerjaya mereka di sebuah rantau dengan ekonomi yang berkembang ialah adanya permintaan sentiasa untuk pekerja yang berkemahiran di Iskandar Malaysia. Sebagai pekerja asing yang memiliki kemahiran khusus, anda boleh mencari pekerjaan di Iskandar Malaysia dan maju dalam persekitaran ini. Selain daripada meningkatkan kebolehan anda, anda mungkin ingin membantu dalam latihan orang-orang tempatan di dalam bidang kemahiran yang anda mahir


 
Persekitaran Korporat

Seperti mana-mana pasaran atau ekonomi yang baru atau yang sedang muncul, persekitaran perniagaan korporat adalah penting untuk proses pertumbuhan pasaran / ekonomi rantau yang ingin menjadi metropolis besar terbaru. Dengan pelbagai strategi pembangunan ekonomi sedia ada di Iskandar Malaysia yang dirancang secara terperinci, ia semakin jelas bahawa persekitaran korporat dalam ekonomi akan terus berkembang dan dengan ini, jumlah pekerjaan baru yang akan wujub juga akan berkembang


Pertumbuhan industri korporat di Iskandar Malaysia

Pertumbuhan sektor korporat di Johor berhubung kait dengan inisiatif Iskandar Malaysia untuk mewujudkan “ ekonomi yang lebih baik”, atas dasar keseimbangan di antara wawasan masyarakat di mana masyarakat memutuskan apa yang akan dibina seterusnya di rantau ini dan aktiviti ekonomi, di mana sumber-sumber untuk membiayai wawasan diperolehi.


Artikel Berkaitan

Pautan Berguna

Organisasi Kerajaan    ...

Terima-kasih

Terima kasih di atas minat anda kepada...

Kit Informasi Iskandar Malaysia

Muat turun Kit Informasi Iskandar Mala...

Apakah Iskandar Malaysia? Kelompok Industri

Rangka Kerja Terdapat 9 buah kelompok...

Risalah Wawasan Iskandar

Anda boleh mencari dan memuat turun ri...

Plan pembangunan komprehensif

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM) u...

Program MM2H

Program Malaysia Rumah Kedua Ku dipro...

Maklumat untuk Rakyat Asing

Pekerjaan Perunda...

Kenapa Malaysia? Fakta & Rajah

Persekutuan Malaysia merangkumi Semena...

 
Share |