Kenapa Malaysia?

Kelebihan-kelebihan Malaysia
Terkemuka sebagai sebuah Negara yang stabil, pusat kewangan mantap dengan kekuatan ekonomi di Asia, Malaysia menawarkan banyak faedah kepada pelabur-pelabur.
 

Kekuatan Ekonomi
Pertumbuhan Ekonomi Berterusan
Dasar Sokongan Kerajaan
Dasar Ekuiti Liberal
Pekerjaan Ekspatriat
Insentif Cukai
Keutamaan Tinggi Kepada Pendidikan
Latihan Industri
Perhubungan Perindustrian Selaras
Infrastruktur yang maju
Rangkaian Lebuh Raya
Pelabuhan-pelabuhan Laut yang cekap
Lapangan Terbang-Lapangan Terbang Antarabangsa

Taman-taman Perindustrian yang maju
Taman-taman Khusus
Telekomunikasi berteknologi tinggi
Persekitaran Perniagaan Yang Unggul
Dewan perniagaan dan Industri
Kemudahan Kewangan Maju
Penjual Tempatan
Rakan kongsi Usaha sama di Malaysia
Kehidupan Berkualiti
Perumahan yang selesa
Sekolah-sekolah Antarabangsa
Membeli-belah
Satu gaya hidup yang tiada bandingan

 
Kekuatan Ekonomi
Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun. Sering mendapat jolokan sebagai "negara bertuah" disebabkan oleh kekayaan sumber-sumber galian dan tanih subur, Malaysia tidak berhenti setakat itu sahaja tetapi telah mengambil langkah penting untuk mara daripada ekonomi yang bergantung pada pertanian dan komoditi asas pada era 60-an kepada ekonomi berasaskan perkilangan, ekonomi yang didorong eksport dengan pemangkin daripada industri-industri berteknologi tinggi, berdasarkan pengetahuan dan berintensifkan modal.
Perubahan struktur ekonomi Malaysia selama 40 tahun yang lalu adalah suatu yang menakjubkan. Sering mendapat jolokan sebagai "negara bertuah" kerana kaya dengan sumber-sumber galian dan tanih subur, Malaysia tidak berhenti setakat itu sahaja tetapi telah mengambil inisiatif untuk mengubah daripada ekonomi yang berasaskan komoditi rendah dan pertanian kepada ekonomi berasaskan pembuatan, rangsangan ekonomi berpandukan eksport melalui industri-industri berteknologi tinggi, berdasarkan pengetahuan dan berintensifkan modal.

Pertumbuhan Ekonomi Berterusan

Pendekatan pengurusan pragmatik dan fleksibel Malaysia mendorong peningkatan daya saing ekonomi dan meningkatkan daya tahan ekonomi dalam menghadapi pelbagai cabaran. Ukuran dibuat untuk memperluaskan dan mempelbagaikan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan yang mampan. Usaha yang berterusan dilakukan untuk meningkatkan sektor perkhidmatan, mempercepatkan penambahan nilai sektor pembuatan serta meningkatkan sektor pertanian dan berasaskan agro sebagai jentera pertumbuhan ketiga. Sumber-sumber baru pertumbuhan seperti bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, produk-produk halal dan kewangan Islam, terus diperkembangkan dan dimajukan. Sesungguhnya Malaysia membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, berpandukan kepada modal insan, inovasi dan idea.

Persekitaran global agak mencabar pada tahun 2007 yang disebabkan oleh kenaikan harga minyak mentah yang berterusan, tekanan inflasi dan sekatan kewangan, ini telah menyebabkan kadar faedah yang lebih tinggi, serta jangkaan pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada akhir pertengahan tahun tersebut. Walau bagaimanapun, Malaysia tetap yakin untuk menghadapi cabaran ini untuk mencapai kadar pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun 2007 oleh kerana struktur ekonomi yang pelbagai dan asas-asas domestic yang dikukuhkan, Malaysia terus menikmati penambahan memberangsangkan di dalam perdagangan luar, kadar pengganguran rendah dan simpanan antarabangsa yang kukuh serta kadar simpanan negara yang tinggi

Dasar Sokongan Kerajaan

Dasar Kerajaan yang mengekalkan persekitaran perniagaan dengan peluang-peluang pertumbuhan dan keuntungan telah menjadikan Malaysia sebuah pangkalan eksport dan perkilangan di rantau ini. Sektor swasta di Malaysia telah menjadi rakan kongsi bersama dengan sektor awam dalam mencapai objektif pembangunan negara.

Satu faktor utama yang telah menarik pelabur-pelabur melabur di Malaysia ialah komitmen kerajaan untuk mengekalkan persekitaran perniagaan yang membekalkan syarikat-syarikat dengan peluang-peluang untuk perkembangan dan keuntungan. Komitmen ini dapat dilihat dalam usaha-usaha berterusan kerajaan untuk mendapatkan maklum balas daripada komuniti perniagaan melalui saluran perundingan seperti dialog kerap sektor swasta dan kerajaan. Ini membolehkan pelbagai komuniti perniagaan mengutarakan pendapat mereka dan menyumbangkan ke arah perumusan dasar kerajaan yang berkaitan dengan mereka.

Dasar Ekuiti Liberal

Umumnya, pelabur-pelabur asing dalam sektor perkilangan di Malaysia boleh memegang 100% ekuiti dalam projek-projek mereka yang mengeksport sekurang-kurangnya 80% pengeluaran. Walau bagaimanapun, bermula dari 17 Jun 2003, 100% pemegangan ekuiti pelabur asing adalah dibenarkan untuk semua pelaburan dalam projek-projek baru, serta pelaburan-pelaburan dalam projek pengembangan / pemelbagaian oleh syarikat-syarikat sedia ada tanpa mengira tahap eksport mereka

Pekerjaan Ekspatriat

Syarikat-syarikat asing dalam sektor pembuatan dibenarkan untuk menggaji ekspatriat yang memiliki kemahiran yang tidak ada di Malaysia. Sebuah syarikat dengan modal berbayar asing US$2 juta dan ke atas akan dibenarkan menyediakan sehingga 10 jawatan ekspatriat, termasuklah lima jawatan utama yang diisi oleh rakyat asing secara tetap.

Insentif Cukai

Kadar cukai syarikat Malaysia ialah 27% dan terpakai kepada syarikat-syarikat pemastautin dan bukan pemastautin. Malaysia juga menawarkan pelbagai insentif cukai untuk projek-projek perkilangan di bawah Akta Promosi Pelaburan 1986 dan Akta Cukai Pendapatan 1967. Insentif-insentif utama ialah Taraf Perintis, Pemberian Cukai Pelaburan, Pemberian Pelaburan Semula, Insentif-insentif untuk Industri Teknologi Tinggi dan Insentif-insentif untuk Projek Strategi serta Insentif-insentif untuk pembentukan operasi berasaskan perkhidmatan Serantau / Antarabangsa

Tenaga Kerja Berpendidikan
Malaysia menawarkan kepada para pelabur tenaga kerja muda, berpendidikan dan produktif pada kos yang kompetitif. Kadar bacaan Malaysia adalah tinggi iaitu lebih daripada 94% dan lepasan sekolah yang memasuki pasaran kerja mempunyai sekurang-kurangnya11 tahun asas pendidikan .

Malaysia menawarkan kepada para pelabur tenaga kerja muda, berpelajaran dan produktif pada kos yang kompetitif dengan negara-negara lain di Asia. Disokong dengan sokongon berterusan kerajaan terhadap pembangunan sumber manusia di dalam semua sektor, kualiti tenaga kerja Malaysia adalah antara yang terbaik di rantau ini. Tahap kebolehan membaca adalah tinggi iaitu lebih daripada 94% dan pelajar lepasan sekolah yang memasuki pasaran kerja mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan asas. Tambahan pula, produktiviti buruh telah berkembang secara berterusan dengan lebih daripada 3.3% setiap tahun dalam beberapa tahun yang lalu mengatasi kebanyakan negara maju.

Keutamaan Tinggi Kepada Pendidikan

Pendidikan dan latihan adalah diberi keutamaan dalam pembangunan nasional di bawah rancangan pembangunan lima tahun Malaysia.

Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 17 universiti awam dan 20 universiti swasta dan kolej-kolej, serta pelbagai politeknik dan institut-institut latihan perindustrian yang menawarkan kursus-kursus ke arah kelayakan sijil, diploma, ijazah dan lepasan ijazah. Jumlah pendaftaran dalam institusi pengajian tinggi awam dijangka mencapai lebih daripada 300,000 dengan lebih daripada separuh dalam disiplin sains dan teknikal.

Sektor swasta juga telah menubuhkan institusi-institusi pendidikan untuk menambah kepada usaha kerajaan untuk menghasilkan kumpulan profesional dan separuh profesional yang ramai. Di antara institusi-institusi pengajian tinggi ini adalah ditubuhkan oleh syarikat besar seperti Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Petronas yang menyediakan kursus-kursus peringkat ijazah. Pelbagai kolej swasta di Malaysia menawarkan program ijazah dalam usaha sama bergabungan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, sementara universiti luar negara juga telah menubuhkan kampus-kampus cawangan di negara ini

Latihan Industri

Pada tahun1993, Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) telah dilancarkan oleh kerajaan untuk menggalakkan latihan, latihan semula dan peningkatan kemahiran di dalam sektor swasta. Majikan-majikan, dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan yang menyumbang kepada dana ini layak memohon untuk pinjaman bagi mengurangkan atau mensubsidikan kos-kos yang ditanggung dalam melatih dan melatih semula tenaga kerja mereka.

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan di bawah Kementerian Sumber Manusia menyelaraskan perancangan dan pembangunan sistem komprehensif program industri latihan vokasional untuk semua agensi latihan awam. Ia juga membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dalam usaha yang berterusan. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 700 standard merangkumi kelayakan sijil, diploma dan diploma lanjutan.

Selain daripada peningkatan jumlah institusi-institusi latihan awam seperti sekolah-sekolah teknik, politeknik, institut-institut latihan industri dan pusat-pusat pembangunan kemahiran untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian, gabungan usaha di antara kerajaan Malaysia, perusahaan-perusahaan dan kerajaan-kerajaan asing telah menghasilkan penubuhan beberapa institut kemahiran lanjutan seperti Institut Malaysia Jerman, Institut Malaysia Perancis, Institut Teknikal Malaysia Jepun, Institut Malaysia British dan Institut Malaysia Sepanyol

Perhubungan Perindustrian Selaras

Perhubungan perindustrian dalam negara adalah berhamoni dengan percanggahan perdagangan minima akibat mogokan. Undang-undang buruh Malaysia melindungi faedah dan mengariskan hak dan tanggungjawab majikan-majikan serta pekerja-pekerja, dengan ini menyediakan satu rangka kerja perundangan untuk menyusun secara teratur perhubungan perindustrian dalam negara ini.

Infrastruktur Yang Maju

Usaha berterusan Malaysia untuk membangunkan dan menaikan taraf infrastrukturnya telah menghasilkan salah satu daripada pembangunan infrastruktur yang paling sempurna di kalangan negara-negara pengindustrian baru Asia.

Manfaat terbesar kepada pengeluar di Malaysia ialah usaha berterusan negara ini untuk membangunkan dan menaikan taraf infrastrukturnya. Dalam masa beberapa tahun yang lalu, pelaburan ini telah berjaya dan sekatan serius telah dielakkan. Kini, Malaysia boleh berasa megah kerana mempunyai (missing word) satu daripada infrastruktur paling sempurna di antara negara pengindustrian baru

Satu Peristiwa bersejarah ialah penyiapan Lapangan terbang terbesar dan terbaru di Malaysia, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang telah mula beroperasi pada tahun 1998. Pada tahun berikutnya, Cyberjaya, bandar pintar pertama Malaysia dan nukleus Koridor Raya Multimedia negara (MSC), telah dibina dan dilengkapi dengan sebuah universiti multimedia untuk menyediakan sekumpulan pekerja berpengetahuan untuk industri-industri.

Terbaru dilancarkan ialah Kuala Lumpur Sentral, sebuah pusat pengangkutan yang menggabungkan semua jaringan utama pengangkutan rel, termasuklah laluan rel ekspres ke KLIA dan Putrajaya, iaitu pusat pentadbiran baru kerajaan.

Rangkaian Lebuh Raya
Rangkaian lebuh raya Semenanjung Malaysia yang diselenggara rapi, telah memudahkan industri-industri. Lebuhraya-lebuhraya ini menghubungkan pusat berkembang yang utama ke pelabuhan laut dan lapangan terbang di seluruh semenanjung dan menyediakan cara cekap untuk pengangkutan barang. Bagi melengkapkan lebuhraya-lebuhraya ini, perkhidmatan kontena Kuala Lumpur-Bangkok-Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Asean Rail Express (ARX) telah dimulakan dengan tujuan memperluaskannya untuk menjadi Laluan Landasan Perantara Asia yang akan melibatkan Singapura, Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar sebelum berakhir di Kunming, China.

Pelabuhan Laut yang Cekap
Perdagangan antarabangsa, terutamanya perdagangan melalui laut, telah menjadi asas tradisi Malaysia. Kini, 95% perdagangan negara adalah melalui laut menerusi tujuh pelabuhan antarabangsa Malaysia - Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman di Semenanjung Malaysia serta Pelabuhan Bintulu di Sarawak. Cargonews Asia yang berpangkalan di Hong Kong meletakkan Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai antara sepuluh pelabuhan laut terbaik dan antara sepuluh terminal pengendali kontena terbaik di Asia.

Lokasi strategik Pelabuhan Klang dan penekanan kerajaan dalam menjadikannya sebagai pusat wilayah dan kebangsaan telah mengakibatkan peningkatan jumlah kargo.Pelabuhan Klang merekodkan 4.5 juta 20 kaki jumlah unit (TEUs) pada tahun 2002, yang meletakkannya di kedudukan ke 11 teratas di dunia. Westport Pelabuhan Klang mempunyai kemudahan perairan dalam yang sangat baik yang membolehkan kapal-kapal terbesar dunia berlabuh tanpa sebarang kesukaran.

Pelabuhan terbaru di Malaysia, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di hujung selatan Semenanjung Malaysia, mula beroperasi pada akhir tahun 1999. Dengan lokasi kemudahan pemindahan kapal Maersk-Sealand dan Evergreen di PTP, pelabuhan tersebut dijangka akan mencapai jumlah kargo tahunan sebanyak 2.5 juta TEUs pada tahun 2003. Sebuah pelabuhan lagi, Pelabuhan Kuantan di pantai timur Semenanjung Malaysia, sendang mengalami perkembangan selama 30 tahun untuk memenuhi peningkatan pengeluaran daripada kompleks petrokimia yang besar di sepanjang koridor Kertih-Gebeng. Selain infrastruktur fizikal yang telah siap sedia, pertukaran data elektronik (EDI) di Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Johor telah membolehkan pemindahan kargo melalui penggunaan dokumentasi elektronik yang cepat.

Selain infrastruktur fizikal yang telah siap dibina, pertukaran data elektronik (EDI) di Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Johor telah mempercepatkan pemindahan kargo melalui penggunaan dokumentasi elektronik.

Lapangan Terbang Antarabangsa

Lokasi strategik Malaysia di rantau Asia Pasifik menjadikannya sebagai sebuah pintu masuk ke Asia. Kemudahan-kemudahan kargo udara yang maju di lima buah lapangan terbang antarabangsa - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Semenanjung Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Sarawak

Lapangan terbang terbesar Malaysia, KLIA, terletak 50 kilometer dari selatan ibu negeri persekutuan Malaysia, Kuala Lumpur, mempunyai kapasiti permulaan seramai 25 juta penumpang dan 650,000 tan kargo setiap tahun. Prosedur-prosedur import dan eksport kargo adalah automatik sepenuhnya di KLIA untuk mengurangkan masa penghantaran. Dalam tempoh jangkamasa yang singkat, dua tahun selepas perasmiannya, KLIA telah diletakkan dalam kedudukan nombor satu dalam kepuasan pelanggan menyeluruh* dalam satu tinjauan persatuan pengangkutan udara antarabangsa (AITA).

Taman Perindustrian Maju
Industri-industri di Malaysia kebanyakannya bertempat di lebih 200 industri estet atau taman dan 13 Zon Perindustrian Bebas (FIZs) dibangunkan di seluruh negara. Kawasan-kawasan baru, yang dilengkapi penuh dengan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, dan telekomunikasi, dibangunkan secara berterusan oleh kerajaan-kerajaan negeri serta pemaju-pemaju swasta untuk memenuhi permintaan.

FIZs adalah zon pemprosesan eksport yang telah dimajukan untuk memenuhi keperluan-keperluan industri berorientasikan eksport. Syarikat-syarikat di dalam FIZs dibenarkan import bebas duti untuk bahan-bahan mentah, komponen-komponen, bahagian-bahagian, mesin dan kelengkapan yang diperlukan secara langsung untuk proses perkilangan. Di kawasan di mana FIZs tidak disediakan, syarikat-syarikat boleh menubuhkan Gedung-Gedung Perkilangan Berlesen (LMWs) yang diberikan kemudahan-kemudahan yang sama seperti yang dinikmati oleh syarikat-syarikat lain di dalam FIZs.

Taman Khusus

Taman khusus telah dimajukan di Malaysia untuk memenuhi keperluan-keperluan industri-industri khusus. Di antara contoh taman-taman ini ialah Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil, Taman Berteknologi tinggi Kuala Lumpur dan Kulim di negeri di utara negeri Kedah yang memenuhi keperluan industri-industri berintensifkan teknologi dan aktiviti-aktiviti R&D.

TPM adalah antara pusat komprehensif dan termaju di dunia untuk R&D oleh industri-industri berasaskan pengetahuan. Dengan keluasan 300 hektar (750 ekar), ia merupakan fasa pertama yang merangkumi 12 buah bangunan terkini dengan fungsi-fungsi khusus.

Ke utara adalah Taman Berteknologi tinggi Kulim dengan keluasan 1,450 hektar (3,580 ekar), taman berteknologi tinggi berintegrasi penuh pertama negara. Disamping menyediakan satu daripada infrastruktur terbaik untuk perkilangan berteknologi tinggi dan R&D, Pelan Induk Taman juga menekankan kualiti hidup dalam satu perbandaran serba lengkap. Kemudahan-kemudahan yang diterapkan dalam rancangan tersebut termasuk sebuah pusat membeli-belah, hospital, institusi-institusi pendidikan dan kemudahan-kemudahan rekreasi. Fasa 1 zon perindustriannya adalah dipajak sepenuhnya sementara masih terdapat tanah perindustrian perdana dalam Fasa 2 yang terhad untuk menempatkan syarikat-syarikat yang berminat.

Di bawah Equal Access Regime, pelanggan-pelanggan telefon di Malaysia boleh memilih daripada lima penyedia-penyedia perkhidmatan rangkaian untuk lingkungan perkhidmatan tempatan, domestik dan antarabangsa yang meliputi kemudahan data dan suara.Terdapat juga empat penyedia-penyedia perkhidmatan internet dan lima operator-operator perkhidmatan selular yang menyediakan perkhidmatan seluruh negara. Malaysia berhubung dengan dunia lain melalui fiber optik dan konsortium satelit seperti FLAG, SE-MA-WE, APCN, China-US, Japanese-US, Measat dan Intelsat. Untuk menyokong peningkatan permintaan untuk jalur lebar, teknologi-teknologi sederhana dan tinggi seperti IDSL, IP, VPN dan ATM telah diperluaskan penggunaannya di seluruh negara.

Telekomunikasi Berteknologi Tinggi

Rangkaian telekomunikasi Malaysia telah menunjukkan perkembangan dan penaikan taraf sejak beberapa dekad yang lalu berikutan dengan kejayaan penswastaan Jabatan Telekomunikasinya. Teknologi fiber optik dan digital yang terkini telah digunakan untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif.

Persekitaran Perniagaan Yang Unggul
Ekonomi berorientasikan pasaran Malaysia, dasar kerajaan sokongan dan komuniti perniagaan tempatan yang banyak dan bersedia untuk berniaga dengan syarikat antarabangsa telah menjadikan Malaysia sebagai pangkalan eksport dan perkilangan berkompetitif tinggi.

Ekonomi berorientasikan pasaran dan dasar kerajaan yang menyediakan perniagaan dengan peluang-peluang pertumbuhan dan keuntungan juga telah menjadikan Malaysia sebagai pangkalan eksport dan pembuatan kompetitif tertinggi. Tambahan, perlangkahan cepat Malaysia ke arah k-ekonomi membolehkan syarikat berniaga dalam suatu persekitaran yang bergerak ke arah teknologi maklumat.

Satu daripada faktor tarikan utama Malaysia ialah ramai tenaga kerja yang muda, berpendidikan dan boleh dilatih. Kebanyakkan graduan universiti Malaysia dilatih di luar negara dalam bidang-bidang seperti kejuruteraan dan perakaunan, yang membolehkan mereka mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran syarikat antarabangsa.
Inggeris digunakan secara meluas di Malaysia, terutama sekali dalam perniagaan dengan itu membantu para pelabur berkomunikasi dengan pekerja tempatan dan pembekal. Undang-undang dan perakaunan negara yang dirujuk dari sistem British dikenali oleh kebanyakan syarikat antarabangsa.

Dewan Perniagaan dan Industri
Pendatang baru ke alam perniagaan di Malaysia akan berasa selesa dengan adanya pelbagai dewan perniagaan dan persatuan perdagangan yang dianggotai oleh syarikat-syarikat dari negara-negara yang berlainan.Organisasi-organisasi ini adalah sumber yang tidak ternilai untuk maklumat, nasihat dan bantuan perniagaan umum, dan melengkapkan peranan agensi-agensi kerajaan seperti MIDA. Organisasi-organisasi utama adalah, Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia(MICCI), Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), Dewan Perdagangan dan Industri Jepun (JACTIM), dan Dewan Perdagangan Malaysia-Amerika (AMCHAM), serta beberapa kumpulan persatuan perdagangan seperti Industri Elektronik Malaysia-Amerika (MAEI).

Kemudahan Kewangan Maju

Sektor perbankan dan kewangan yang sempurna mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pangkalan eksport yang dinamik di Asia. Kemudahan kewangan yang canggih boleh didapati menerusi bank-bank komersial tempatan dan asing dan rangkaian cawangan mereka di seluruh negara. Terdapat juga beberapa pejabat perwakilan(missing word) bank-bank asing yang ingin dikenali umum dalam rantau ini.

Selain bank-bank perdagangan, bank-bank saudagar, syarikat-syarikat kewangan dan Institusi-institusi kewangan perindustrian adalah sumber-sumber kredit utama kepada sektor perindustrian di Malaysia. Pengeksport-pengeksport di Malaysia juga boleh menikmati kelebihan kemudahan kredit yang ditawarkan oleh Bank Eksport-import Malaysia Berhad (Bank Exim), sementara satu institusi lain, Insurans Kredit Eksport Malaysia Berhad (MECIB), menawarkan perlindungan insuran dan jaminan eksport.

Bagi melengkapkan sistem kewangan Malaysia, kerajaan telah menubuhkan pusat kewangan luar pesisir antarabangsa (IOFC) di pulau Labuan yang terletak di barat laut pulau Borneo. Syarikat-syarikat di Labuan menikmati cukai-cukai minimum dan sulit. Kini, lebih daripada 2,700 syarikat-syarikat luar pesisir telah mula beroperasi di Labuan. Ia termasuklah bank luar pesisir, syarikat-syarikat amanah, dan insurans serta syarikat-syarikat berkaitan insurans. Lembaga Perkhidmatan Kewangan Pesisir Labuan (LOFSA) adalah agensi yang mempromosikan dan membangunkan Labuan sebagai satu IOFC.

Vendor Tempatan

Dalam masa tiga dekad yang lalu, Malaysia telah memajukan sejumlah besar industri-industri sampingan dan sokongan yang dimulakan dengan kemasukan MNCs ke dalam negara. MNCs ini, terutamanya yang bergiat aktif dalam program-program pembangunan penjual, telah menyumbang dengan banyak ke arah pembangunan industri setempat berskala kecil dan sederhana (SMIs) yang amat cekap dan kompetitif dengan beberapa berjaya menembusi pasaran eksport.

Rakan Kongsi Usahasama di Malaysia

Kebanyakan syarikat-syarikat besar Malaysia telah terlibat di dalam perdagangan dan industri menjangkaui generasi, dan ramai berjaya di pasaran serantau dan antarabangsa. Oleh itu, pelabur-pelabur asing yang mencari rakan kongsi usahasama di Malaysia akan dapat memilih daripada satu daripada sejumlah besar syarikat-syarikat bagi mencari yang bertepatan dengan keperluan-keperluan mereka. MIDA juga membantu pelabur-pelabur asing dalam pemadanan perniagaan untuk memulakan projek-projek usahasama atau untuk mengusahakan kontrak perkilangan.

Kehidupan Berkualiti

Malaysia adalah antara tempat yang paling mesra dan ramah di dunia untuk bekerja dan hidup. Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang ramah, mesra yang mudah menerima rakyat asing ke dalam kumpulan peribadi. Selain itu, iklim tropika negara dengan suhunya yang seragam membolehkan pemakaian pakaian yang nipis dan selesa sepanjang tahun.

Ekspatriat dan keluarga-keluarga mereka akan menikmati satu persekitaran hidup yang selamat dan selesa dengan kemudahan-kemudahan abad ke-21, kemudahan penjagaan kesihatan dan perubatan yang baik, institusi-institusi pendidikan cemerlang, dan kemudahan sukan dan rekreasi bertaraf dunia - pada kos-kos yang lebih rendah daripada di dalam negara mereka sendiri.

Satu daripada ciri menarik negara ini adalah kepelbagaian budaya, warisan gabungan berbagai bangsa dari tamadun tertua di dunia iaitu Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian bangsa dan budaya ini telah membolehkan rakyat Malaysia bertutur sekurang-kurangnya dua ataupun tiga bahasa iaitu, Bahasa Malaysia (bahasa kebangsaan), Bahasa Inggeris, dan bahasa ibunda mereka sendiri. Hidup di dalam persekitaran kosmopolitan sedemikian, rakyat Malaysia merupakan rakyat yang ramah dan mesra dan mudah menerima kedatangan rakyat asing ke dalam kumpulan peribadi mereka.

Perumahan Selesa
Terdapat banyak pilihan perumahan yang selesa di Malaysia. Menurut satu kajian mengenai kos-kos hidup ekspatriat oleh Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia, sewa bulanan untuk penginapan adalah dalam lingkungan daripada serendah RM2,700 - 8,500 (US$762-2,398) untuk bilik kondominium yang lengkap dengan perabot di kawasan sekitar bandar Kuala Lumpur hingga ke RM10,000 - 28,000 (US$2,821-7,900) untuk sebuah banglo mewah dalam kawasan Kenny Hills berhampiran dengan bandar raya.

Sekolah-sekolah Antarabangsa

Terdapat lebih 30 buah sekolah antarabangsa berdaftar dengan kementerian pelajaran. Sekolah-sekolah ini terletak di wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan dalam negeri-negeri Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak. Ia termasuk sekolah-sekolah antarabangsa cara Amerika dan British serta sekolah-sekolah Perancis, Jerman, Jepun dan Taiwan yang mempunyai kemudahan pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga kolej.

Membeli-belah

Dengan pelbagai pilihan barang makanan dan produk-produk pengguna yang banyak dan boleh didapati di pasar raya dan gedung-gedung, isteri-isteri ekspatriat akan mendapati bahawa Malaysia adalah tempat selengkap negara asal mereka. Kedai-kedai di Malaysia tersedia untuk setiap citarasa dan bajet dan mempunyai pilihan daripada membeli-belah ke pasar raya hingga ke kedai-kedai khusus. Suatu kelainan yang akan ditemui oleh ekspatriat ialah kewujudan pasar malam di mana gerai-gerai kecil yang menjual hampir apa sahaja dari buah-buahan dan sayur-sayuran segar hingga ke pakaian dan kasut. Malaysia juga merupakan tempat khazanah artifak dan antik, dan pada kebiasaannya ekspatriat bukan setakat membawanya balik sebagai kenangan manis berkenaan tempoh tinggal mereka malah tetapi juga barangan unik yang dikumpul.

Gaya Hidup Yang Tiada Bandingan
Hidup di Malaysia adalah satu pengembaraan. Iklim panas dan sinaran matahari sepanjang tahun menawarkan satu gaya hidup yang tiada bandingan, terutamanya bagi mereka yang mengemari aktiviti luar. Setiap keluarga boleh meluangkan masa hujung minggu yang menyeronokan di taman-taman negara Malaysia dengan sungai-sungai dan gunung-ganang yang teramat indah. Atau terbang ke salah satu daripada pulau-pulau yang menarik untuk berenang bersnokel dan menyelam. Atau memandu untuk bermain permainan golf di pusat peranginan bukit yang dingin. Untuk mereka yang lebih suka aktiviti dalaman, mereka boleh membeli-belah sehingga penat lelah di kompleks membeli-belah yang sangat moden yang menawarkan fesyen-fesyen berjenama terkini, barangan kulit dan barang-barang elektronik pada harga yang sangat kompetitif.

Salah satu tarikan yang setiap pengunjung tidak seharusnya terlepas di ibu negeri persekutuan Kuala Lumpur ialah Menara Berkembar Petronas, bangunan tertinggi di dunia, di mana seseorang boleh menikmati persembahan akustik bertaraf dunia di Dewan Philharmonic Petronas.

Dari segi santapan, Malaysia adalah salah satu daripada negara-negara di dunia di mana setiap keluarga mampu untuk makan di luar hampir setiap hari dalam seminggu. Bergantung kepada bajet seseorang, pilihan tempat-tempat makan adalah dari pilihan hotel-hotel mewah dan kafe bergaya di lorong-lorong pejalan kaki hingga ke kedai-kedai makanan segera dan gerai-gerai penjaja. Tiada seorang pun yang akan berasa bosan dengan kepelbagaian jenis masakan yang terdapat di Malaysia yang tidak terhingga.