Tinjauan Pelaburan Asing

Panduan Untuk Pembelian Hartanah

Berkuatkuasa daripada 1 Januari 2010, rakyat asing boleh membeli hartanah yang bernilai RM 500,000 ke atas tanpa memerlukan kelulusan daripada FIC berbanding dengan harga sekarang iaitu RM250,000.

Untuk maklumat lanjut dan pengesahan berkenaan dengan pemerolehan hartanah, sila lawat website berkaitan di www.epu.gov.my

 
Insentif Cukai Untuk Aktiviti-aktiviti Yang Digalakkan di Iskandar Malaysia

Syarikat-syarikat yang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang digalakkan dan / atau mengeluarkan produk yang digalakkan mungkin layak menerima insentif cukai lain yang disediakan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 dan / atau Akta Cukai Pendapatan, 1967. Insentif-insentif ini adalah di bawah pelbagai kementerian kerajaan dan agensi.

Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan ('ITA') disediakan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986. Pengecualian cukai dan Elaun Pelaburan yang merupakan insentif-insentif menyerupai Taraf Perintis dan ITA disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan, 1967.

i. Insentif-insentif Melalui Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia ('MIDA')
Pemandu Ekonomi Insentif-insentif
  1. Elektrik dan Elektronik
  2. Petrokimia dan oleokimia
  3. Makanan dan Agro-processing
  4. Bioteknologi
  Status Perintis Elaun cukai pelaburan
Umum 5 tahun Taraf perintis dan pengecualian cukai pada 70% daripada pendapatan berkanun 60% ITA pada perbelanjaan modal yang layak ditanggung dalam 5 tahun dan boleh ditolak selesai 70% daripada pendapatan berkanun
Projek Berteknologi tinggi 5 tahun Taraf Perintis dan pengecualian cukai pada 100% daripada pendapatan berkanun 60% ITA selama 5 tahun dan boleh ditolak selesai 100% daripada pendapatan berkanun
Strategi/Projek Insentif Pra-pakej 10 tahun Taraf Perintis dan pengecualian cukai pada 100% daripada pendapatan berkanun 100% ITA untuk 5 - 10 tahun dan boleh ditolak selesai 100% daripada pendapatan berkanun

  1. Pengecualian duti import dan/atau cukai jualan ke atas loji dan kelengkapan yang digunakan secara langsung dalam proses pembuatan
  2. Pengecualian duti import dan/atau cukai jualan ke atas bahan-bahan mentah dan komponen-komponen yang digunakan dalam proses pembuatan
  1. 1. Logistik
    1. Penyedia perkhidmatan logistik bersepadu ('ILS')
    2. Pusat-pusat pemerolehan antarabangsa ('IPCs')/ pusat pengedaran serantau ('RDCs' )
  1. 5 tahun Taraf Perintis dan pengecualian cukai pada 70% daripada pendapatan berkanun, atau
  2. 60% ITA selama 5 tahun dan boleh ditolak selesai 70% daripada pendapatan berkanun
  3. Untuk IPCs dan RDCs, pengecualian cukai penuh selama 10 tahun
  1. Pelancongan
    1. Penubuhan hotel-hotel (bertaraf lebih 3 bintang)
    2. Pengembangan / pemodenan hotel-hotel sedia ada
    3. Penubuhan dan pengembangan projek-projek pelancong
    4. Penubuhan kem-kem rekreasi
    5. Penubuhan pusat-pusat konvensyen
  1. 5 tahun Taraf Perintis dan pengecualian cukai 70% daripada pendapatan berkanun, atau
  2. 60% ITA selama 5 tahun dan boleh ditolak 70% daripada pendapatan berkanun
  3. Pengecualian daripada duti import dan / atau cukai jualan pada peralatan terpilih yang digunakan di dalam industri pelancongan/hotel
  1. Pendidikan
    1. Latihan teknikal atau vokasional
    2. Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Swasta ('PHEIs”) menyediakan kursus-kursus terpilih dalam Sains (baru ditubuhkan) atau PHEIs sedia ada dalam bidang-bidang Sains yang terpilih mengendalikan pelaburan tambahan untuk menaiktaraf atau mengembangkan kapasiti
  1. 100% ITA perbelanjaan modal yang layak ditanggung dalam masa 10 tahun ditolak selesai 70% daripada pendapatan berkanun
  2. Elaun bangunan khas 10% setiap tahun
  3. Pengecualian duti import dan / atau cukai jualan untuk peralatan pendidikan termasuklah peralatan makmal
  4. Pengecualian cukai tertahan pada royalti yang dibayar kepada pemberi francais bukan pemastautin
  5. Insentif-insentif untuk Institusi Pendidikan Tinggi Swasta ('PHEIs) yang menyediakan kursus-kursus berkaitan multimedia dan yang mempunyai fakulti-fakulti multimedia tersendiri juga disediakan melalui MDec
  1. Industri-industri Kreatif
    1. Penerbitan Filem dan video
  1. 5 tahun Taraf Perintis dan pengecualian cukai pada 70% daripada pendapatan berkanun, atau
  2. 60% ITA selama 5 tahun dan boleh ditolak selesai 70% daripada pendapatan berkanun
  3. Untuk insentif lain, sila rujuk kepada insentif-insentif yang disediakan melalui MDeC untuk pembangunan multimedia dan permohonan-permohonan.
  1. Perkhidmatan kewangan, perkhidmatan-perkhidmatan penasihat dan perkhidmatan perundingan
    1. Peruntukan perkhidmatan ibu pejabat serantau di bawah proses perniagaan sumber luar/ pesisir
  1. 10 tahun pengecualian cukai di atas perkhidmatan ibu pejabat serantau kepada syarikat-syarikat berkaitan termasuk proses perniagaan sumber luar/ pesisir yang tertentu.
  2. Lihat bahagian IV di bawah untuk insentif-insentifs perkhidmatan terpilih di bawah Perkhidmatan Kewangan Islam

Keterangan lanjut boleh diperolehi di www.mida.gov.my.

ii. Insentif-insentif Melalui Multimedia Development Corporation (MDEC)

Syarikat-syarikat yang membangunkan atau menggunakan teknologi multimedia untuk menghasilkan atau meningkatkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan mereka layak menerima status MSC Malaysia. Ia juga merangkumi institusi pendidikan tinggi swasta yang menyediakan kursus-kursus berkaitan dengan IT. Permohonan-permohonan untuk status MSC Malaysia hendaklah diserahkan kepada MDeC

Syarikat yang ingin mendapat status MSC Malaysia mestilah mempunyai kriteria berikut:

  • Menjadi pembekal atau pengguna tinggi produk dan perkhidmatan multimedia;
  • Menggaji pekerja berpengetahuan yang mencukupi;
  • Menyediakan pemindahan teknologi dan / atau menyumbang ke arah pembangunan MSC Malaysia atau menyokong;
  • Mewujudkan satu entiti undang-undang berasingan untuk perniagaan-perniagaan dan aktiviti-aktivit multimedia yang layak MSC Malaysia;
  • Terletak di sebuah bandar siber MSC Malaysia / pusat Siber* ; dan
  • Mematuhi garis panduan alam sekitar

Pemandu Ekonomi Insentif-insentif
  1. Pendidikan
    1. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta ('PHEIs”) menyediakan kursus-kursus berkaitan dengan IT dan mempunyai fakulti-fakulti multimedia sendiri
  1. 5 tahun Taraf Perintis (boleh diperbaharui selama 5 tahun lagi) dan pengecualian cukai pada 100% daripada pendapatan berkanun; atau
  2. 100% ITA ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggung dalam masa 5 tahun ditolak selesai 100% daripada pendapatan berkanun
  3. Pengecualian duti import dan / atau cukai jualan untuk peralatan multimedia yang digunakan dalam operasi-operasi MSC
  4. Pengecualian ke atas cukai tertahan untuk bayaran kepada bukan pemastautin untuk perkhidmatan teknikal, yuran perlesenan dan faedah atas pinjaman untuk pembangunan teknologi
  5. Pemilik-pemilik bangunan-bangunan di Cyberjaya yang bangunan-bangunannya disewakan kepada syarikat-syarikat berstatus MSC layak untuk menerima Elaun Bangunan Industri sebanyak 10% untuk dituntut selama 10 tahun
  1. Industri-industri Kreatif
    Mungkin termasuk:
    1. Filem dan televisyen (penerbitan, sebelum dan selepas penerbitan)
    2. Permainan dan animasi (penciptaan kandungan, penerbitan, selepas penerbitan)
    3. Penghasilan kandungan laman dan telefon mudah alih
    4. Peralatan agregasi dan pembolehan kandungan laman dan telefon mudah alih
  1. Perkhidmatan kewangan, perkhidmatan penasihat dan perkhidmatan perundingan
    1. Proses perniagaan dari sumber luar / pesisir

Keterangan lanjut boleh diperolehi di www.mscmalaysia.com

iii. Insentif-insentif Melalui Kementerian Pertanian

Projek-projek dalam pengeluaran makanan terpilih layak menerima insentif cukai yang lebih baik. ‘Produk-produk makanan’ yang layak seperti diluluskan oleh Menteri Kewangan termasuklah sayuran, buah-buahan, herba-herba, rempah-rempah, akuakultur, penternakan lembu, kambing dan biri-biri, kenaf dan memancing laut dalam. Insentif-insentif itu adalah untuk syarikat yang mengambilalih aktiviti pengeluaran makanan yang diluluskan serta untuk syarikat yang melabur di dalam syarikat pengeluaran makanan yang diluluskan

Pemandu Ekonomi Insentif-insentif
1. Pemprosesan Agro dan Makanan
  1. Syarikat Pengeluaran Makanan yang diluluskan
    1. 100% pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun selama 10 tahun
  2. Syarikat yang melabur dalam syarikat pengeluaran makanan yang diluluskan
    1. Syarikat pelabur adalah berhak untuk menerima potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan dalam anak syarikat (mesti dimiliki sekurang-kurangnya 70%) yang menjalankan projek pengeluaran makanan; atau
    2. Syarikat pelabur akan diberikan pelepasan berkumpulan untuk kerugian yang ditanggung oleh anak syarikat
  3. Pengecualian duti import dan / atau cukai jualan untuk loji dan kelengkapan yang digunakan secara langsung di dalam operasi

Bahagian industri berasaskan agro Kementerian Pertanian bertanggungjawab ke atas insentif ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://agrolink.moa.my/moa

iv. Insentif-insentif Melalui Pusat Kewangan Islam Malaysia (‘MIFC’)

Penyedia perkhidmatan kewangan dan perbankan umum adalah tidak layak menerima sebarang insentif cukai di Malaysia. Untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah Pusat Kewangan Islam (MIFC), insentif cukai adalah disediakan untuk syarikat-syarikat layak yang melaksanakan perkhidmatan perbankan Islam, operasi-operasi takaful, broker saham, perkhidmatan pengurusan dana dan sebagainya. Insentif-insentif untuk perkhidmatan kewangan Islam termasuk yang berikut :

  • pengecualian cukai untuk institusi kewangan Islam atas transaksi-transaksi dalam mata wang antarabangsa
  • pengecualian cukai untuk Kenderaan Tujuan Khas yang mengeluarkan sekuriti Islam
  • potongan cukai untuk perbelanjaan pada pengeluaran saham Islam
  • pengecualian cukai untuk syarikat-syarikat pengurusan dana Islam
  • potongan cukai untuk penubuhan satu firma pasaran saham Islam
  • pengecualian cukai ke atas pendapatan yang diterima oleh pakar-pakar dalam kewangan Islam yang bukan pemastautin

Keterangan lanjut boleh diperolehi di www.mifc.gov.my.

v. Insentif-insentif Melalui Syarikat Perbadanan Bioteknologi Malaysia

Sebuah syarikat yang merupakan pembekal produk atau perkhidmatan-perkhidmatan berdasarkan sains kehidupan atau sebahagian besarnya menggunakan proses-proses bioteknologi dan dengan kebolehan-kebolehan kajian dalam bidang tumpuan khusus layak untuk memohon status BioNexus. Permohonan untuk status BioNexus hendakalh diserahkan kepada Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp). Insentif-insentif itu adalah :

  • 100% pengecualian cukai pendapatan untuk sepuluh tahun bermula daripada tahun pertama syarikat memperolehi keuntungan; atau
  • Potongan cukai pelaburan 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggung dalam tempoh lima tahun;
  • Pada tamat tempoh pengecualian cukai, syarikat berstatus BioNexus akan diberikan satu kadar cukai konsesi 20% untuk sepuluh tahun ke atas pendapatan daripada aktiviti-aktiviti berkelayakan.
  • Sebuah syarikat atau individu yang melabur dalam syarikat berstatus BioNexus diberi potongan cukai bersamaan dengan pelaburan keseluruhan dalam modal pilihan dan pembiayaan peringkat awal;
  • Sebuah syarikat atau individu yang melabur dalam satu syarikat berstatus BioNexus diberi satu potongan cukai bersamaan keseluruhan pelaburan yang dibuat dalam modal pilihan dan pembiayaan peringkat awal;
  • Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas bahan-bahan mentah / komponen-komponen dan mesin, dan kelengkapan; ;
  • Potongan dua kali ganda ke atas perbelanjaan ditanggung untuk R&D;
  • Potongan dua kali ganda ke atas perbelanjaan ditanggung untuk promosi eksport; dan
  • Bangunan-bangunan yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti bioteknologi akan layak untuk Elaun Bangunan Industri yang dituntut dalam tempoh selama 10 tahun. /span>

Keterangan lanjut boleh diperolehi di www.biotechcorp.com

vi. Insentif-insentif Melalui Syarikat Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)

Halal adalah satu cara hidup dan menggalakkan gaya hidup sihat melalui bagaimana kita makan, hidup dan menjalankan perniagaan kita. HDC Malaysia telah ditugaskan untuk membangunkan dan mempromosi Malaysia sebagai satu ‘Pusat Halal Global' melalui pembangunan kualiti , peningkatan penjenamaan serta perdagangan dan pembangunan industri.

Insentif-insentif berikut disediakan untuk aktiviti-aktiviti berlainan di dalam rangkaian bekalan untuk membawa produk halal yang disahkan ke pasaran.

Aktiviti-aktiviti Insentif-insentif
Pengendali Taman Halal
  1. Pembangunan Taman Halal
  1. 10 tahun Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pada 100% pendapatan berkanun; atau
  2. 100% ITA ke atas modal perbelanjaan yang layak ditanggung dalam tempoh 5 tahun yang ditolak selesai 100% daripada pendapatan berkanun
  3. Pengecualian duti import ke atas peralatan yang digunakan secara langsung di dalam Operasi Bilik Sejuk
Pengendali Logistik Halal
  1. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan mestilah bersepadu sama seperti perkhidmatan yang disediakan oleh “pengendali perkhidmatan logistic bersepadu” yang telah diluluskan dengan insentif-insentif cukai
  1. 5 tahun Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pada 100% daripada pendapatan berkanun; atau
  2. 100% ITA ke atas modal perbelanjaan yang ditanggung dalam tempoh 5 tahun ditolak selesai 100% daripada pendapatan berkanun
  3. Pengecualian duti import ke atas peralatan yang digunakan secara langsung di dalam Operasi Bilik Sejuk
Pemaju-pemaju Industri Halal
Aktiviti-aktiviti mesti berada di dalam empat sektor industri
  1. Makanan yang di Proses Khas
  2. Farmaseutikal / penjagaan diri dan kosmetik
  3. Bahan-bahan Halal
  4. Hasil ternakan dan produk dagin
  1. Pengecualian ke atas pendapatan berkanun daripada jualan eksport selama 5 tahun; atau
  2. 100% ITA ke atas modal perbelanjaan yang ditanggung dalam tempoh 10 tahun ditolak selesai 100% daripada pendapatan berkanun
  3. Pengecualian daripada duti import ke atas bahan-bahan mentah yang digunakan untuk pembangunan dan pengeluaran produk halal yang dipromosikan
  4. Potongan dua kali ganda ke atas perbelanjaan yang ditanggung dalam mendapatkan piawaian kualiti antarabangsa seperti HACCP, GMP, Codex Allimentarious (garispanduan piawaian makanan FAO dan WHO) , Prosedur-Prosedur Sanitation Standard Operating dan peraturan-peraturan pematuhan untuk pasaran-pasaran eksport seperti Makanan dan Pengesanan daripada ladang ke garpu.

Keterangan lanjut boleh diperolehi di www.hdcglobal.com

Insentif-insentif Lain

Projek-projeck lain yang strategik dan / atau pemangkin kepada pembangunan Iskandar Malaysia dan yang boleh membawa hubungan-hubungan ekonomi meluas boleh dipertimbangkan untuk satu pakej insentif khusus berdasarkan merit bagi setiap projek.


Artikel Berkaitan

Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa' Perkh...

Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa' Perkh...

Maklumat untuk Rakyat Asing

Pekerjaan Perunda...

Kit Informasi Iskandar Malaysia

Insentif Zon Ekonomi Utama Iskandar Ma...

Kenapa Malaysia? Fakta & Rajah

Persekutuan Malaysia merangkumi Semena...

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM)

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM) u...

Ucapan Menteri Besar Johor Pada Majlis Pelancaran Bas IM

UCAPAN Y.A.B DATO’ HAJI ABDUL GHANI...

Membeli-belah di mana?

Membeli-belah Sebagai Gerba...

 
Share |