Seiring dengan perkembangan berterusan Iskandar Malaysia, terdapat peningkatan dalam kepelbagaian taman-taman bersepadu, sistem ruang terbuka, rekreasi dan kegiatan gaya hidup untuk penduduk-penduduk dan para pelawat.
Sejajar dengan objektif mempertingkatkan persekitaran kehidupan bandar, bandar tersebut mestilah berfungsi, sesuai didiami dan mewujudkan semangat berkomuniti dan perasaan kepunyaan. Tambahan pula, bandar tersebut juga perlu menyediakan satu persekitaran yang bersih, sihat, selamat dan terpelihara yang memenuhi keperluan semua pemegang kepentingan
Untuk itu, Iskandar Malaysia merancang bukan sahaja untuk keperluan semasa penduduk tetapi juga untuk masa depan, dengan memastikan ekuiti antara generasi juga diajukan dengan peka. Kadar perbandaran di Johor pada tahun 2005 adalah 66.5%, iaitu merupakan yang keenam tertinggi di dalam negara ini. Johor Bahru adalah tempat tumpuan di dalam negeri dan ia sedang berkembang pesat di dalam bandar gabungan Selatan Johor
Dalam menghasilkan komuniti yang sesuai didiami, faktor-faktor berikut perlu dipertimbangkan:
Menyepadukan pembangunan rumah kos rendah dengan pembangunan perumahan yang berlainan untuk memberi penduduk kemudahan lazim dan persekitaran, dan mengurangkan marginalisasi sosial.
Menyediakan Rumah Sewa untuk Penduduk Sementara
Satu senarai data yang terperinci termasuk kadar pendapatan, kemampuan dan keutamaan kawasan untuk kumpulan keperluan khusus mestilah disimpan dan sentiasa dikemaskinikan untuk disamabandingkan dengan unit-unit kediaman yang ditawarkan di pasaran.
Pembangunan perumahan baru harus menerapkan keperluan orang-orang kurang upaya di dalam unit-unit yang diperuntukkan kepada mereka. Ini termasuk saiz pintu, tanjakan untuk kawasan-kawasan luar, ketinggian suis lampu, selusur-selusur tangan untuk bilik mandi, dan tandas.
Mencipta struktur kejiranan yang menggalakkan satu perasaan kepunyaan masyarakat tempatan
Rekaan pembangunan baru dan pembangunan semula kawasan perumahan mestilah merujuk dan mematuhi garis-garis panduan Pencegahan Jenayah melalui Reka Bentuk Persekitaran (CPTED).
Penilaian Bangunan Hijau mesti digunakan dan dilaksanakan untuk menggalakkan pembina-pembina membina bangunan-bangunan yang cekap dalam penggunaan tenaga, termasuk untuk unit-unit kediaman, dan untuk memperkenalkan mekanisme penggunaan tenaga cekap dalam bangunan lama atau yang sedia ada di dalam bandar.