10MP: Malaysia plans MRT system-

11 June 2010, By Business Times

Malaysia is planning a new mass transit system, convention facilities and an international financial district in Kuala Lumpur in a bid to tackle traffic congestion and enhance its capital’s standing as a global city.

“Livability of Greater Kuala Lumpur is crucial in the competition for talent, wealth and investments in the global area,” the government said in a report on the country’s five- year development plan released today.

Kuala Lumpur ranked 79 out of 130 cities for livability in the Economist Intelligence Unit’s 2010 survey. About 70 per cent of Malaysia’s population will be concentrated in urban areas by 2020, raising challenges in tackling increasing density, crime and public transportation, according to today’s 10th Malaysia Plan report.


RM6.2j naik taraf kemudahan awam

10 June 2010, By Berita Harian

Projek terminal pengangkutan, Pasar Awam Larkin dijangka siap satu setengah tahun

JOHOR BAHRU: Sebanyak RM6.2 juta akan dibelanjakan kerajaan negeri bagi menaik taraf Terminal Pengangkutan Awam dan Pasar Awam Larkin yang dijangka bermula hujung tahun ini.

Daripada jumlah berkenaan, RM5 juta akan diperuntukkan bagi membina kemudahan bagi perkhidmatan keluar masuk bas yang hingga kini sudah hampir mencecah 1,800 bas sehari pada hari biasa dan hampir 2000 pada musim cuti sekolah dan perayaan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata dari segi kapasiti, terminal berkenaan bakal, menerima kira-kira 2,200 bas sehari menyebabkan ia perlu dinaik taraf bagi memudahkan penumpang.


Permudah Pengunjung

10 June 2010, By Harian Metro

RM6.2j naik taraf Terminal Pengangkutan Awam Larkin

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri bakal memperuntukkan kira-kira RM6.2 juta bagi menaik taraf Terminal Pengangkutan Awam Larkin menjelang akhir tahun ini sebagai usaha memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, projek berkenaan bakal di mulakan hujung tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh setahun setengah sekiranya semua aspek perancangan berjalan lancer.

Menurutnya, pada peringkat awal, kerajaan negeri mahu memfokuskan pembinaan bagi menampung 2,200 kapasiti bas sehari dan ia bakal bertambah hampir dua kali ganda kepada 4,200 bas dalam tempoh 10 tahun lagi.


Masalah kesesakan Lebuh Raya Pasir Gudang akan diatasi

24 May 2010, By Utusan Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberi keutamaan menyelesaikan masalah kesesakan di Lebuh Raya Pasir Gudang di sini supaya ia dapat memberi keselesaan kepada orang ramai yang tinggal di kawasan sekitar.

Perdana Menteri berkata, masalah itu sudah lama dibangkitkan dan tindakan susulan perlu diambil segera bagi mengatasinya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk berkata, Perdana Menteri membangkitkan perkara itu ketika bertemu dengan pemimpin masyarakat di sini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kampung Baru Plentong di sini hari ini.


Raih sambutan hebat para pelabur

24 May 2010, By Utusan Malaysia

Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (SATS) melabur RM2 bilion untuk membangunkan lagi kawasan Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai dekat sini dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Sidik Shaik Othman berkata, fasa pembangunan itu meliputi kawasan tanah syarikat seluas 1,087 hektar terletak bersebelahan dengan lapangan terbang berkenaan.

Beliau berkata, ia melibatkan Bandar Lapangan Terbang Senai yang merupakan projek pembangunan pertama di dunia menghubungkan terus lapangan terbang utama dengan jalan raya, laut dan landasan kereta api.


New highway to reduce traffic congestion and shorten travelling time

15 April 2010, By The Star

Motorists can look forward to a smoother drive to most destinations within the Johor Baru district when the Eastern Dispersal Link (EDL) highway is ready by 2012.

The highway is expected to reduce traffic congestion on most major roads i n this district and shorten travelling time by almost half.

Presently, the most congested roads here are Jalan Tun Razak with 150,000 vehicles daily, Jalan Tebrau/Pandan (111,000), Jalan Skudai/Jalan Abu Bakar and Jalan Stulang (30,000 each).

 “Work is progressing well and the project is expected to be completed by the end of 2 011.

Motorists will be able to use the expressway by February 2012,” said Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) executive director Datuk Ahmad Zaki Zahid.


EDL lancarkan trafik Johor Bahru

13 April 2010, By Utusan Malaysia

Kesesakan lalu lintas khususnya dari Bangunan Sultan Iskandar yang menempatkan pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dijangka mampu dikurangkan apabila Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) beroperasi dua tahun lagi.

Lebih raya sepanjang 8.1 kilometer itu menghubungkan CIQ dengan Lebuh Raya Utara-Selatan di Persimpangan Bertingkat Pandan kini telah lebih 30 peratus siap.

Ia yang mula dibina pada 2008 oleh Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) melalui anak syarikatnya, MRCB Lingkaran Selatan Sdn. Bhd. (MRCB Lingkaran Selatan) menelan kos hampir RM1 bilion.

Pengarah Eksekutif MRCB, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, pembinaan EDL berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan.


EDL atasi jalan sesak

12 April 2010, By Berita Harian

Lebuh raya kurang aliran trafik dari KIK ke utara, Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Kesesakan lalu lintas yang sinonim di sekitar bandar raya ini, bakal lenyap dengan pembinaan lebuh raya baru yang dikenali Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) yang dijangka siap pada Februari 2012.

Laluan EDL bermula dari Jalan Stulang Darat melalui persimpangan Bakar Batu dan berakhir di persimpangan Pandan iaitu titik permulaan Lebuhraya Utara Selatan dibina dengan kos RM977juta.

Kutipan tol dikenakan ke atas semua kenderaan kecuali motosikal yang keluar masuk Singapura melalui Tambak Johor dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar.


Kos SDE hampir RM1.3 bilion

12 April 2010, By Utusan Malaysia

Senai-Desaru Expressway Bhd. (SDEB) yakin dapat menyiapkan fasa kedua projek Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) menjelang akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mustaza Salim berkata, ketika ini kerja- kerja fasa kedua sepanjang 27 kilometer (km) itu sedang giat berjalan melibatkan pembinaan jalan raya, jambatan dan plaza tol.

Katanya, kemajuan keseluruhan projek itu telah mencapai tahap 88 peratus dan kerja-kerja pemasangan sistem tol, kawalan lalu lintas dan kelengkapan lain dijangka bermula pada Mei ini.

"Kami menjangka fasa kedua ini boleh dibuka kepada lalu lintas pada akhir tahun ini dan kos pembinaan sebenar apabila siap kelak akan memakan belanja hampir RM1.3 bilion.


Ireka Corp unit wins RM36.24mil contract

09 April 2010, By The Star

Ireka Corp Bhd’s wholly-owned unit, Ireka Engineering & Construction Sdn Bhd, has secured a RM36.24mil contract to build an interchange for the proposed Bandar Indahpura, Kulai-Second Link Expressway in Iskandar Malaysia.

It told Bursa Malaysia today that the contract was awarded by Iskandar Regional Development Authority.

“The contract period shall be 18 months from the date of handover of site and completion is expected to be in October 2011,” the company said.


 
Share |