Bagaimana Dengan Anak-anak Saya?

Dengan satu jangkaan perkembangan ekonomi, peningkatan tenaga kerja dan penekanan kepada pendidikan tinggi diramal berlaku pada masa terdekat, soal pendidikan menjadi salah satu daripada objektif utama Iskandar Malaysia dalam soal mempertingkatkan atau menyediakan satu persekitaran kehidupan yang berterusan dan berkembang.

Iskandar Malaysia mempunyai laluan pendidikan masa depan untuk anak-anak anda diberi pertimbangan rapi dengan kemudahan-kemudahan seperti:

  • Tadika
  • Sekolah Rendah / Menengah
  • Universiti / Kolej-Kolej
 
EduCity

EduCity di Nusajaya dijangka akan menjadi sebuah pusat pendidikan serantau dan sebuah destinasi untuk pendidikan bertaraf dunia yang berkualiti dalam lingkungan radius penerbangan selama 6 jam daripada bandaraya utama Asia.

Kawasan pendidikan 600 ekar tersebut adalah dibayangkan sebagai “Satu komuniti dengan Amalan-amalan Terbaik dalam Dunia Pengajian” dan mengamalakn pendekatan asuhan terbaik dalam membawa pendidikan bertaraf dunia ke Malaysia. Hasilnya, ia diselaraskan dengan objektif Rancangan Malaysia Kesembilan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan. Ia dikonsepkan untuk menjadi sebuah pusat akademik yang merangkumi keseluruhan ekologi pendidikan yang merangkumi prasekolah, sekolah rendah, menengah bawah, menengah atas, pra universiti dan pengajian tinggi

Antara projek-projek penting EduCity adalah universiti yang diuruskan iCarnegie, Universiti Antarabangsa Al-Bukhari dan kampus unik pelbagai-varsiti yang merupakan kawasan tertumpunya fakulti-fakulti universiti yang terbaik di dunia


EduCity akan menjadi satu pusat bersepadu penuh yang berasaskan pengetahuan yang merangkumi universiti-universiti bertaraf dunia, pemimpin industri berasaskan pengetahuan, kelompok industri sentrik R & D, pusat tindakan industri pendidikan, sekolah-sekolah antarabangsa & kolej-kolej, kemudahan tempat tinggal & rekreasi dan kemudahan-kemudahan persidangan dan pameran bertaraf dunia
 
Universiti Newcastle

Universiti Newcastle yang berperstij di Britain bercadang untuk membuka sebuah kampus perubatan di Johor pada tahun 2011

Pesuruhjaya Tinggi British, Boyd McCleary menyatakan bahawa kampus tersebut akan menjadi kampus cawangan antarabangsa yang pertama Universiti Newcastle. Selain itu, 18 universiti-universiti lain di Britain turut berminat untuk mempunyai perikatan di Malaysia

Artikel Berkaitan

Ucapan Menteri Besar Johor Pada Majlis Pelancaran Bas IM

UCAPAN Y.A.B DATO’ HAJI ABDUL GHANI...

Kenapa Malaysia? Kunci Utama Ekonomi

Malaysia terus menikmati dana lebihan...

Sasaran & Tugas Kami

  Sasaran KamiKami di bahagian ...

Hubungan dengan RMK-9

Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-20...

Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa' ...

 
Share |