Iskandar Malaysia bersedia untuk menjadi rantau paling maju di Selatan Semenanjung Malaysia, di mana kehidupan, hiburan, persekitaran dan perniagaan bergabung dengan lancar di dalam metropolis yang membangun dan pesat Terletak di penghujung selatan semenanjung Malaysia, Iskandar Malaysia (di dalam negeri Johor) terletak dalam posisi strategik pada laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia, dan kekayaan sumber asli dan manusia telah bersama-sama menyokong kejayaan Johor yang lalu dan potensi Johor yang kelak. Kemakmuran Johor telah dimantapkan oleh kombinasi sesama kestabilan politik dan penerusannya yang tidak tergendala, Kesultanan yang progresif dan disanjungi, kerjasama sosial dan kebudayaan di antara populasi pelbagai kaum yang merupakan sumber tenaga, inovasi dan pembaharuan yang berterusan. Infrastruktur penghubungan tempatan Malaysia yang bertaraf dunia membolehkan akses mudah ke ekonomi domestik, pelbagai peluang dan sumber di dalam negara. Oleh kerana terletak di pusat rantau Asia dan pada persimpangan laluan perdagangan Timur-Barat menyediakan peluang-peluang lumayan daripada ekonomi-ekonomi berkembang seperti Indonesia, China dan India. Juga berdekatan dengan pusat antarabangsa dan ekonomi pesat Singapura, dan dengan mempunyai dua laluan perhubungan jalan raya serta rangkaian rel memperuntukkan akses yang lancar kepada pasarannya. Jangkauan global Iskandar Malaysia disokong oleh sebuah lapangan antarabangsa dan dua buah pelabuan bertaraf dunia Meliputi kawasan berkeluasan 2,217 kilometer persegi, lebih kurang tiga kali saiz Singapura, Iskandar Malaysia menawarkan jumlah tanah yang banyak dengan harga kompetitif. Rantau ini mempunyai infrastruktur sedia ada seperti kemudahan tenaga, rangkaian pengangkutan dan perkhidmatan dan kemudahan telekomunikasi menyeluruh. | | Ekonomi ini dipelbagaikan dengan baik dengan kelompok-kelompok berjaya yang muncul sekitar industri-industri elektronik, logistik, makanan dan pertanian, pelancongan dan minyak serta petrokimia. Iskandar Malaysia mempunyai populasi tenaga kerja yang fasih pelbagai bahasa (termasuk Bahasa Inggeris) dan berpelajaran, yang menyediakan pekerja mahir dalam sektor-sektor merangkumi perkhidmatan, teknikal hingga ke profesional. Pelabur dan pengendali perniagaan yang datang ke Iskandar Malaysia akan dapat menikmati kelebihan struktur kos kompetitif dalam berniaga di sini. Sebagai inisiatif Kerajaan Pusat Malaysia, berserta Kerjaan Negeri Johor, visi Iskandar Malaysia untuk menjadi sebuah metropolis bertaraf antarabangsa yang mantap dan mampan mempunyai komitmen, sokongan dan penajaan berterusan daripada Kerajaan-Kerajaan negara dan negeri ini. |